SELESAIKAN MASALAH SENDIRI DAHULU

Semua rakyat tahu bagaimana tonggang terbaliknya hubungan DAP, PAS dan PKR sekarang. Malah PKR sendiri pun bermasalah. Ini semua diakibatkan oleh ketidakmampuan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang. Justeru Wan Azizah sendiri sebenarnya gagal membuktikan bahawa beliau mampu menjadi pemimpin terbaik memimpin pakatan rakyat dan diterima oleh semua pimpinan parti parti dalam pakatan. Ini bukti Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang dalam sejarah yang tidak mendapat sokongan majoriti , malam sejarah membuktikan zaman beliau menjadi Ketua Pembangkang lah Pakataran Rakyat hancur dibubar dan peliknya sehingga kini beliau gagal memanggil perjumpaan pun untuk berbincang mengenai masadepan Pakatan Rakyat malahan pembubaran Pakatan Rakyat sendiri diketahui bukan dibuat oleh Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang sebaliknya LGE sebagai Setiausaha Agung DAP. Lebih memperlihatkan kelemahannya ialah apabila DAP sendiri membentuk Kabinet Bayangan DAP sedangkan sebelum itu Wan Azizah mengumumkan untuk membentuk Kabinet bayangan dan akhirmya sehingga sekarang Wan Azizah gagal berbuat apa apa.

Justeru kalau menguruskan parti dan masalah sesama sendiri pun gagal, bagaimana beliau mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pimpinan BN ekoran serangan WSJ keatas peribadi pimpinan UMNO. Saya tidak nampak kemampuan Wan Azizah mengemukakan formula menyelesaikannya. Kemungkinan yang beliau mampu lakukan hanyalah perjumpaan dikalangan partinya atau beberapa pimpinan parti yang sahaja. Saya yakin hanya sekadar perjumpaan, mengadakan sidang media dan akan habis sekadar itu serta diserikan dengan pelbagai kenyataan media sebagaimana biasa amalan mereka dan tiada yang lebih dari itu mampu beliau lakukan. Kemudian saya pasti mereka hanya akan membuat siri laporan Polis dan demonstarasi jalanan sahaja. Maka saya harap rakyat berfikiran rasional untuk menilai semua ini. Tindakan Wan Azizah bukanlah mahu menyelesaikan masalah tetapi hanya mahu mengambil kesempatan daripada peluang ketika UMNO sedang menerima cabaran dimasa ini.

Saya yakin tidak akan ada Wakil Rakyat BN akan menyertai perjumpaan tergempar yang akan beliau lakukan, dan jika ada mana mana pimpinan BN menerima jemputannya ( Jika ada ) saya fikir lupakan lah sahaja kerana perjumpaan itu tidak akan menyelesaikan apa apa melainkan mengeruhkan keadaan sahaja. Saya ingin bagi tahu pada Wan Azizah jadilah pemimpin pembangkang yang matang sikit berpolitik. Apa yang berlaku sekarang ini ialah tuduhan WSJ keatas PM yang tidak pun dibuktikan kesahihannya. Malah ketika ini siasatanpun sedang dilakukan oleh pelbagai agensi penguatkuasa SPRM, BNM dan PDRM jadi berilah peluang siasatan dulu dan tidak adil kita menghukum sebelum keputusan mutamad dikeluarkan. Jadi Wan Azizah kenalah matang dalam hal ini. Saya yakin PM difitnah dan tujuan hanya mahu menjatuhkannya.

Dalam pada itu saya harap semua pihak tidak membuat apa apa andaian atau tafsiran sendiri mengenai isu tuduhan WSJ. Pada saya, isu ini tentunya dirancang oleh pihak tentu untuk menjatuhkan kerajaan BN, sudah tentu saya harapkan semua peringkat pimpinan dan ahli UMNO serta BN disemua peringkat teguh bersatu dan memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN menyelesaikan masalah ini. UMNO telah begitu matang dan telah melalui pelbagai cabaran serta sebelum ini jadi saya yakin PM dan UMNO berada dipihak yang benar dan kita punyai jalan keluar terbaik menyelesaikan masaalah ini. Paling penting kita mesti bersatu dan percaya pada pimpinan parti. Pada Wan Azizah saya ingin nyatakan bahawa UMNO masih kuat dan kita mampu selesaikan masalah kita, dan UMNO tidak pernah dan tidak akan bersama pembangkang untuk menyelesai apa juga masalah yang UMNO hadapi. Saya sarankan lebih baik Wan Azizah selesaikn masalah parti dan keluarganya daripada perkara lain.