KENYATAAN MEDIA
Alumni MAJLIS BELIA MALAYSIA
( Alumni MBM )

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

Alumni MAJLIS BELIA MALAYSIA ( Alumni MBM )
adalah organisasi NGO berdaftar yang mempunyai 14 buah cawangan disetiap negeri serta dianggotai oleh bekas bekas pimpinan dan ahli belia yang melepasi had umur belia.

Alumni MBM amat prihatin dan memandang berat isu yang melanda negara ketika ini. Perbuatan tidak bertanggung jawab sesetengah pihak yang boleh merosakan negara mesti dihentikan.Justeru Alumni MBM telah mengambil ketetapan seperti berikut :

1) Alumni MBM menolak usaha membawa masuk campur tangan asing dalam menentukan hala tuju kepimpinan negara kerana kami yakin kepimpinan negara Malaysia sekarang ini perlu dipertahankan demi maruah negara.

Justeru tindakan mempelawa campur tangan asing hanya bertujuan merendahkan martabat serta kedaulatan negara. Ia harus ditentang serta ditolak secara total oleh kita.

2) Alumni MBM merayu semua pihak agar membantu kepimpinan negara sekarang ini dalam usaha memberi tumpuan kpd penyelesaian permasalahan rakyat, lebih2 lagi dlm suasana cabaran ekonomi semasa yg tidak menentu bagi memastikan Malaysia maju sebagaimana diimpikan.

3) Alumni MBM juga bermohon agar segenap lapisan rakyat menjaga tata susila dan keluhuran perlembagaan dlm mempertahankan nilai kemerdekaan. Menolak serta mengelakkan perbuatan fitnah yg boleh menghancurkan dan memusnahkan negara.

JUSTERU, Alumni MBM yang bersidang pada hari ini 13hb April 2016 telah mengambil ketetapan sebagaimana berikut :

PERTAMA : Alumni MBM menzahirkan sokongan yg tidak berbelah bagi kpd YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri utk meneruskan khidmat membawa Malaysia maju kehadapan.

Kami juga yakin gandingan kedua mereka mampu memimpin negara mencapai matlamat negara maju seperti impian semua rakyat Malaysia.

KEDUA : Alumni MBM juga menentang dan beranggapan usaha menjatuhkan kedua mereka adalah perbuatan paling buruk, keji dan tidak menuruti lunas2 demokrasi amalan negara kita.

Oleh itu Alumni MBM sentiasa dalam apa jua keadaan berdiri teguh dibelakang YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri.

Sekian terima kasih!

YB DATO SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH
Presiden
Alumni MAJLIS BELIA MALAYSIA