BAGET 2016

Menjawab pelbagai andaian, spekulasi serta jangkaan negatif pelbagai pihak apabila Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan terus mampu merangka Pengubahsuaian Baget 2016 dengan baik apabila terus merencana usaha memastikan ekonomi Malaysia terus mampan dan pembelaan kepada rakyat terus dilakukan diketika iklim ekonomi Malaysia sangat mencabar kesan ketidaktentuan ekonomi global.

Malaysia telah melalui dan berpengalaman beberapa kali menghadapi kesan ketidak tentuan ekonomi global. Namun kerajaan tetap berkemampuan mengambil langkah langkah proaktif serta realistik. Ini sebenarnya bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang bail, berdaya tahan serta me astikan ekonomi peringkat domestik terus berkembang baik. Apa yang pasti langkah langkah yang diambil sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri tadi tetap terus mengutamakan kesejasteraan rakyat serta memastikan pengubahsuaian bajet yang dirangka ini tetap bertunjangkan kepentingan rakyat.

Saya amat gembira apabila Perdana Menteri dengan jelas mempertahankan kepentingan pendidikan dalam negara ini. Ini menjawab tomahan pelbagai pihak dimana sebelum ini, ramai yang meramalkan akan berlaku banyak penghapusan terutama yang berkaitan dana biasiswa atau pinjaman pendidikan untuk ke institusi pendidikan tinggi. Langkah yang dibuat ini adalah petanda jelas bahawa kerajaan tidak mahu membebankan ibhbapa dan pelajar serta pentingnya memastikan hasrat untuk negara kita maju kehadapan tidak lama lagi tercapai serta tidak terganggu kerana melahirkan rakyat yang berpendidikan penting untuk mencecah kita sebagai negara maju.

Seperkara yang amat menarik apabila Perdana Menteri mengumumkan untuk melaksanakan Program MyBERAS iaitu menyediakan bantuan beras sebanyak 20 kilo sebulan kepada rakyat miskin tegar. Ini adalah bukti bahawa ketika kerajaan bercakap soal ekomomi bersekala besar, perkara kecil melibatkan rakyat diutamakan dan ia dibuktikan melalui program ini. Program lain seumpama bantuan subsidi harga padi adalah contoh contoh keprihatinan kerajaan. Dalam pada itu, saya harap apabila Perdana Menteri menekankan soalan berkaitan peranan KPDNKK dalam membendung kenaikan harga barangan, ia amat penting untuk dilaksanakan oleh kementerian berkenaan. Saya harap KPDNKK mesti melipat gandakan usaha bagi tujuan ini, ini kerana kesempatan yang diambil oleh peniaga atau pihak tertentu menaikan harga barangan mesti dibenteras dan dikawal sebaiknya. Rakyat pastinya akan merasa lega apabila kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang, jadi langkah langkah penguatkuasaan yang lebih tegas hendaklah dilakukan oleh KPDNKK dan saya yakin ia boleh dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Paling utama saya harap rakyat tidak mempercayai perkhabaran berkaitan kedudukan ekonomi Malaysia daripada sumber yang tidak tepat atau betul. Andaian yang mengatakan bahawa ekonomi negara akan hancur dan negara akan muflis adalah tidak betul sama sekali kerana asas ekonomi negara kita dalam keadaan utuh sebenarnya. Kedudukan Ringgit Malaysia bukankah gambaran ekonomi Malaysia. Kita kena yakin kerana apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah berasakan pandangan daripada pelbagai puhak yang mempunyai pelbagai kepakaran. Kita kena yakin bahawa negara bukan dalam kegawatan ekonomi. Ia adalah kesan daripada persekitaran ekonomi global yang juga dihadapi pelbagai negara didunia termasuk kesan apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan China. Namun yang lebih penting pengubahsuaian baget ini terus memperlihatkan komitmen kerajaan untuk melundungi kebajikan rakyat.