PRN SARAWAK

Kredibiti dan kewibawaan CM Sarawak telah membawa imej baik kepada Kerajaan BN Sarawak. Keadaan ditambah dengan banyak pendekatan dan polisi baru pimpinan DS Adnan Satem yang digemari rakyat dan maknanya sejak beliau mengambil alih kerajaan negeri banyak isu dan masalah yang dihadapi selama ini telah berjaya beliau selesaikan dengan sokongan kuat kerjaaan di peringkat persekutuan.

Pendekatan yang beliau lakukan ini telah memberikan keyakinan baru kepada rakyat negeri Sarawak dan keadaan ini memperlihatkan bahawa rakyat memerlukan Adnan Satem untuk terus menerajui Kerajaan BN Sarawak kerana keyakinan mereka yang tinggi terhadap kepimpinannya . Beliau nampaknya bukan hanya mampu rapat atau selesaikan masalah antara parti politik di Sarawak malah melemahkan pembangkang di Sarawak selain keupayaan beliau mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat di Sawarak. Ini dibuktikan apabila Sarwak diiktiraf sebagai negeri Perpaduan dalam di Malaysia.

Selain berjaya mensruskan kerancakan pembangunan dan membawa imej baik dalam isu isu pembalakan dan rasuah beliau juga dapat menarik banyaknpelaburan disamping mendapatoan banyak projek pembanbunandaripada Kerajaan Persekutuan. Pendekata Kerajaan pimpinan Najib Razak mempunyainimej yang baik dibawah pimpinan Adnan Satem.

Keadaan ini nampaknya memberiian laluan yang sukar kepada pembangkang untuk memenangi PRN Sarawak yang dijangka tahun hadapan, kerana tidak banyak isu yang boleh mereka gunakan. Lantaran itu pembangkang nampaknya mahu menggunakan isu perkauman bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka , namun saya cukup yakin ia amat sukar dilakukan kerana keadaan mojoriti masyarakat Sarawak sukar menerima isu perkauman dalam kehidupan mereka walaupun sebahagian kecil terpengaruh namum saya yakin ia tidak akan menjejaskan sokongan rakyatbkepada Kerajaan BN Sarawak.

Justeru itu, saya harap rakyat Sarawak menolak politik perkaumana kerana ia langsung tidak memberikan keuntungan dan membahaya kepada masa depan rakyat Sarawaknsendiri. Saya percaya rakyat Sarawak matang dalam membuat keputisan dan akan terus memebrikan sokongan kepada BN kerana ini sahaja partinyang mampu memebela rakyat Sarawak bagi masa depan yang lebih baik.