PTPTN
Dalam keadaan apa sekalipun PTPTN akan terus berusaha memastikan pelajar boleh memasuki IPT dengan menyediakan dana sepatutnya pada mereka. Ini selaras dengan falsafah PTPTN tiada yang tidak boleh ke Menara Gading kerana kekangan kewangan dan ia juga memenuhi matlamat pendemokrasian pendidikan negara. Ini iltizam dan komitmen PTPTN dan kerana itu, langkah langkah sepatut mesti dilakukan PTPTN bagi menjamin kelastarian dan kemampanan PTPTN menjadi pembiaya pendidikan terunggul dalam negara.

PTPTN mudah dihubungi, justeru saya fikir jika mana mana ibubapa atau pelajar mempunyai masalah kaedah yang sepatutnya ialah dengan menghubungi terus PTPTN, kerana PTPTN menyediakan pelbagai saluran dan cara menyelesaikan masalah. Justeru, saya fikir rakyat terutamanya ibubapa dan pelajar tidak perlu melalui pihak lain bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selain itu dalam usaha untuk memastikan keperluan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dapat dipenuhi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mengambil langkah yang bersesuaian agar dana untuk tujuan pembiayaan pelajar sentiasa mencukupi. Berdasarkan kepada trend pembiayaan dan bayaran balik semasa, PTPTN mesti melakukan sesuatu kerana bimbang akan berlaku kekurangan dana bagi tujuan ini. Jika ini berlaku ia akan memberikan kesan yang besar kepada pelajar akan datang.

@ Saya ingin nyatakan bahawa pada 2013 PTPTN telah mengalami kekurangan dana sebanyak RM300 juta. Ini berlaku akibat beberapa faktor termasuklah terpengaruh dengan dakyah tokoh tertentu yang mewar warkan kononnya hutang PTPTN akan dihabuskan jika berlaku peralihan kuasa negara ketika itu, dan ramai terpengaruh dengannya yang menyebabkan mereka menangguhkan bayaran balik yang kesannya berlaku kekurangan dana untuk diberikan pada pelajar.

Dengan kekurangan dana ini, PTPTN perlu mengambil langkah penjimatan bagi memastikan manfaat pembiayaan dapat terus diberikan kepada semua pelajar yang memerlukan kemudahan pembiayaan PTPTN. Dengan dana yang terhad, PTPTN perlu memikirkan kaedah terbaik. Hanya 2 pilihan yang ada iaitu sama ada mengekalkan jumlah pinjaman yg diberikan (menyebabkan kurang pelajar yg mendapat pinjaman) atau mengurangkan jumlah pinjaman (bilangan pelajar yg mendapat pinjaman kekal). Pilhan pertama boleh mengalibatkan kira-kira 50,000 pelajar tidak dpt melanjutkan pengajian ke universiti kerana masalah kewangan. PTPTN memilih langkah ke 2 dengan harapan semua pelajar tetap dapat memasuki IPT, dan PTPTN mengambil langkah penguatkuasaan bagi mendapat

3. Mulai 1 November 2014, jumlah pembiayaan baharu pelajar IPTA (termasuk Politeknik) dikurangkan sebanyak 5% dan pelajar IPTS sebanyak 15% daripada jumlah sedia ada. Walau bagaimanapun jumlah pembiayaan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan.

4. PTPTN masih mengambilkira keperluan rakyat. Ini kerana jumlah pinjaman yang diberikan ditentukan oleh status sama ada penerima BR1M atau tidak dan juga pendapatan keluarga. Penerima BR1M diberikan jumlah pinjaman maksimum manakala bukan penerima BR1M diberikan 75% atau 50% daripada kadar maksimum tertakluk kepada pendapatan.

5. Dengan pelaksanaan kedua-dua langkah ini, PTPTN akan dapat menghasilkan penjimatan dan dana hasil yang dapat dijimatkan ini akan digunakan untuk pembiayaan kepada pelajar-pelajar baharu. Malah langkah menggunakan data BRIM,

6. Pada masa sama, PTPTN juga menggiatkan usaba utk meningkatkan kutipan bayaran balik. Semakan akan dibuat dari semasa ke semasa dan jika bayaran balik meningkat dengan baik, PTPTN boleh mengembalikan jumlah pembiayaan sebagaimana sebelum ini.