Dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong, JKKP Kampong Luat telah mengadakan Majlis Maulidul Rasul pada 14 April 2008 (Isnin) mulai jam 930 malam di Masjid Kampong Luat, Lenggong.
Dalam majlis ini Ybhg Dato' Dr Yusof Hussin Reaktor kolej Islam Darul Ridzuan telah dijemput hadir menyampaikan ceramah. Serentak dengan majlis ini, telah diadakan kenduri sekampong yang telah melibatkan semua masyarakat kampong tanpa membezakan latar belakang politik. Lebih 500 orang hadir dalam majlis ini.




