Jumaat, 22 Mei 2009 15:49
Temasya Sukan SK Ganda Temenggor, Gerik yang diadakan pada 10 April 2008 (Khamis) telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah Ahli Parlimen Lenggong pada jam 1230 tenngahari Temasya Sukan yang diadakan setiap tahun kali ini, telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong. Dalam ucapan perasmiannya beliau menekankan supaya ibubapa memberikan perhatian kepada anak-anak kerana tiada jaminan kejayaan anak-anak dimasa hadapan kecuali ia dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Beliau berharap SK Ganda Temengor, Grik akan dapat menjadi sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Dalam majlis itu beliau meluluskan sebanyak RM1000 yang dipohon PIBG SK Ganda Temenggor yng aktiviti kecemerlangan pelajar yang akan menduduki Peperiksaan UPRS 2008.