Mesyuarat Agung GPMS Negari Perak 2008 telah dirasmiankan oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong yang juga Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
Mesyaurat Agung GPMS Perak yang berlangsung pada 23 April 2008 (Ahad) di Pusat Latihan GPMS Perak telah dihadiri oleh lebih 400 orang pemimpin dan ahli GPMS seluruh Negeri Perak. Dalam ucapan perasmiannya YB Dato' ahli Parlimen Lenggong dengan jelas mengingatkan GMPS agar terus memainkan peranan sebagai organisasi memperkasakan pendidikan anak muda Melayu sesuai dengan gagasan yang dibawa oleh salah seorang pengasas GPMS iaitu Dr Aminuddin Baki.




