Bertempat di Kampong Belum Lenggong, pada 27 April 2008 (Ahad) jam 1000 pagi telah diadakan Program Bersama KEMAS Parlimen Lenggong. Lebih 500 orang hadir dalam majlis yang turut di hadiri oleh YB Dato' Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato' ADUN Kota Tampan dan YB Toh Shah Bandar Ulu ADUN Kenering serta Timbalan Pengarah KEMAS Perak.
Dalam majlis ini, pelbagai program diadakan dan kesempatan telah diambil oleh semua Wakil Rakyat memberikan penjelasan pelbagai isu semasa yang melanda negara ini. Dalam majlis berkenaan juga YB Dato' Ahli Parlimen Lenggong telah meluluskan sebanyak RM30,000 untuk tujuan Pembinaan Pagar Dan Pondok di Tanah Perkuburan Kampong Belum.



| Comments |
|



