| Tasik Raban |
|
| Tasek Chenderoh ini sesuai bagi yang menggemari sukan air. Kawasan dipersekitaran tasik ini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet , taman kanak-kanak, restoran terapung dan pusat khidmat pelancong. Di tasik ini juga sering diadakan sukan air peringkat Negeri Perak sempena Hari Kebangsaan. Di antara acara yang sering diadakan ialah Perlumbaan Perahu Panjang dan Kayak. |
| Muzium Arkeologi Kota Tampan |
|
| Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik. Keluasan keseluruhan kawasan muzium ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan. |
| Lata Kekabu |
|
| Air terjun Lata Kekabu adalah sebuah tempat perkelahan yang begitu menarik untuk dilawati semasa anda bercuti di daerah Lenggong. Air terjun ini terletak diantara Kuala Kangsar dan Lenggong kira-kira 12 kilometer dari Pekan Lenggong. Kawasan Lata Kekabu ini dilengkapi dengan surau, pentas, tandas, pondok-pondok kemudahan untuk beriadah dan amat sesuai di gunakan sebagai tempat motivasi, kursus bina semangat, "jungle tracking" dan lain-lain majlis. Air terjun Lata Kekabu menjadi tumpuan pelajar-pelajar Maktab Perguruan, TUDM/TLDM, Sekolah-Sekolah dan lain-lain agensi untuk sebarang jenis aktiviti. Sekiranya anda datang melancong ke Lenggong, jangan lupa bermandi-manda di sini. |
| Gua-Gua Bersejarah |
|
| Lembah Lenggong mempunyai sejumlah 16 gua, termasuk beberapa yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancong. Sumber berpotensi ini akan menerima sambutan baik terutamanya daripada pelancong yang berminat kepada aktiviti meneroka gua dan sejarah zaman purba. Di antara gua-gua yang berpontensi termasuklah Gua Kajang (dimana terdapat tulisan zaman purba) dan Gua Gunung Runtuh (tempat dijumpai tulang-tulang "Perak Man"). Kota Tampan merupakan satu kawasan tarikan arkeologi di mana tinggalan zaman "Paleolitic" telah dijumpai. Di bahagian utara daerah ini juga terdapat gua batu kapur di Bukit Damar. |
| Comments |
|
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 4.0alpha3



Pelancongan