MERASMIKAN SUKAN SK KENAYAT, GERIK
Jumaat, 22 Mei 2009 15:50
administrator
SK Kenayat Gerik sekali lagi mengadakan Sukan Tahunannya untuk tahun 2008. Dan kali ini ianya telah sempurn dirasmikan oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah Ahli Parlimen Lenggong Lebih 600 orang ramai terutama ibubapa dan masyarakat sekitar sK Kenayat gerik hadir menyaksikan acara Temasya Sukan SK Kenayat Gerik 2008 kali ini. Lebih meriah ialah kehadiran YB Dato' Ahli Parlimen Lenggong untuk merasmikan sukan pada tahun ini. Sempena dengan majlis berkenaan juga beliau mengadakan lawatan sekitar sekolah yang menghadapi masalah banjir jika hujan lebat berlaku sekitar sekolah berkenaan. Turut bersama ialah Guru Besar SK Kenayat dan wakil daripada Jabatan Pendidikan Daerah Hulu Perak.
MERASMIKAN TEMASYA SUKAN SK GANDA TEMENGGOR
Jumaat, 22 Mei 2009 15:49
administrator
Temasya Sukan SK Ganda Temenggor, Gerik yang diadakan pada 10 April 2008 (Khamis) telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah Ahli Parlimen Lenggong pada jam 1230 tenngahari Temasya Sukan yang diadakan setiap tahun kali ini, telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong. Dalam ucapan perasmiannya beliau menekankan supaya ibubapa memberikan perhatian kepada anak-anak kerana tiada jaminan kejayaan anak-anak dimasa hadapan kecuali ia dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Beliau berharap SK Ganda Temengor, Grik akan dapat menjadi sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Dalam majlis itu beliau meluluskan sebanyak RM1000 yang dipohon PIBG SK Ganda Temenggor yng aktiviti kecemerlangan pelajar yang akan menduduki Peperiksaan UPRS 2008.