BIRO KEBAJIKAN UMNO

Biro Kebajikan UMNO Malaysia sampaikan Pakaian Sekolah Sumbangan Presiden UMNO Malaysia pada mangsa bencana Melaka Dan Negeri Sembilan
——————————————————————–
Menunaikan janji sewaktu lawatan bencana banjir di Melaka dan Negeri Sembilan sebelum ini. Hari ini saya mewakili YAB Presiden UMNO menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kpd pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yg terlibat dalam banjir tempohari. Sumbangan berbentuk pakaian, kasut dan alat tulis ini secara keseluruhannya berjumlah lebih RM350,000.00. Sumbangan ini juga akan diberikan di Tampin dan kawasan terlibat di Negeri Sembilan.

Saya faham bahawa sumbangan ini pasti tidak mampu menyelesaikan semua kerugian yg dihadapi oleh mangsa yg terlibat. Namun ini adalah sebagai tanda sempati UMNO Malaysia di bawah YAB DS Najib Razak dan saya yg mengetuai Biro Kebajikan UMNO Malaysia mewakili beliau dan UMNO menyampaikan sumbangan pada pagi ini. Saya ucapan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Negeri dan UMNO Bahagian yang terlibat kerana menyusun dan menyelaras bantuan ini.

Namun hakikatnya saya dimaklumkan beberapa pihak lain termasuk jabatan kerajaan turun menyalurkan bantuan pada mereka yg terlibat misalnya dari Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) semua sumbangan itu sebenarnya juga adalah pemberian Kerajaan yg dipimpin oleh Najib Razak. Justeru saya harap sumbangan seumpama ini akan meringankan beban dihadapi mangsa.

Dalam pada itu, sebagai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, saya ingin maklumkan bahawa untuk memastikan UMNO dapat memainkan peranan dengan tersusun dan berkesan diketika bencana dalam negara ini. Kita akan membentuk Briged BANTUAN BENCANA yang tersusun dari segi organisasi, kepakaran, imej dan kecekapan. Briged BANTUAN BENCANA ini akan diwujudkan disetiap negeri agar sistem penyampaian serta bantuan akan benar benar mensasar serta melibatkan organisasi parti di semua peringkat. Ini penting supaya UMNO terus dilihat parti yg membantu,membela dan menjaga kebajikan rakyat. Namun demikian kita tidak sesekali mengambil alih fungsi Jabatan dan agensi Kerajaan yg telah diwujudkan kerajaan tetapi Briged BANTUAN BENCANA boleh bertindak sebagai pelengkap kepada agensi dan jabatan kerajaan yang ada dan kita akan banyakkan aktiviti secara bersama dalam membantu rakyat. Apa yang penting Biro Kebajikan UMNO Malaysia tidak hanya membantu ketika bencana kerana fungsi serta peranan Biro mesti lebih menyeluruh kerana isu membela kebajikan rakyat tidak akan habis , maka peranan Biro mesti lebih menyeluruh serta berfocus kerana aspek kebajikan ini amat luas. Paling penting UMNO mesti terus membela rakyat dalam banyak perkara kerana pada rakyat walaupun pelbagai isu melanda ketika ini , saya percaya jika kebajikan rakyat diberikan pembelaan dan kebajikan mereka diberikan perhatian oleh kerajaan dan parti, maka kita yakin mereka akan terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional.