TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT PTPTN :
SUMBANGAN TABUNGAN SSPN-i DAN SSPN-i PLUS PILIHAN TERBAIK

1. Pada 5 April 2016 yang lalu, Puan Shahrul Faiza yang ceritanya telah diviralkan di dalam media sosial facebook dan whatapps telah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser tahap empat (4). Peristiwa ini telah menyebabkan keempat-empat anaknya kini bergelar yatim piatu.

2. Maklumat anak-anak adalah seperti berikut:

Nama
Umur
Catatan
Siti Nur badhirah binti Mohd Idham
12
Anak sulung
Muhammad Khairul Ikhwan bin Mohd Idham
10
Anak ke-2
Siti Nuramni Hawani binti Mohd Idham
3
Anak ke-3
Muhammad Fitri Ramadhan bin Mohd Idham
1 tahun 8 bulan
Anak bongsu

3. Tujuan utama kehadiran PTPTN adalah bagi memberikan bantuan dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat kepada keempat-empat anak yatim piatu tersebut berbentuk pembukaan akaun SSPN-i bagi membantu pendidikan mereka di masa hadapan. Sumbangan yang dihulurkan oleh PTPTN berjumlah RM10,000.00 dengan setiap anak memperolehi pembukaan akaun SSPN-i sebanyak RM2,500.00.

4. Hasrat PTPTN agar lebih banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta, yayasan-yayasan dan badan-badan korporat memberikan sumbangan berbentuk pendidikan menerusi SSPN-i dan SSPN-i Plus bagi menjamin pendidikan tinggi yang lebih baik.

5. PTPTN merupakan ‘TABUNG PENDIDIKAN’ untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan bangsa. Penabungan semenjak dari awal melalui SSPN-i dan SSPN-i Plus merupakan instrumen pilihan terbaik bagi simpanan untuk tujuan pendidikan di samping memperoleh manfaat takaful yang menyeluruh.

SSPN-i Plus
6. Setelah 12 tahun SSPN-i diperkenalkan sebagai produk simpanan pendidikannya yang pertama, PTPTN telah memperkenalkan dan melancarkan satu lagi produk baharu untuk tujuan simpanan demi masa depan pendidikan iaitu SSPN-i Plus. SSPN-i Plus merupakan pelan simpanan yang menggabungkan simpanan pendidikan dan pakej perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

7. Produk hasil kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) ini dapat menggalakkan dan memupuk nilai serta semangat berjimat cermat serta sifat suka menabung dalam minda dan jiwa setiap rakyat Malaysia. Dengan adanya simpanan semenjak kecil dan usia yang masih muda, sudah semestinya dapat mempersiapkan diri kita untuk menggunakan dana simpanan yang sedia ada sebagai perbelanjaan bagi menimba ilmu pengetahuan.

8. SSPN-i Plus ini menyediakan peluang kepada orang ramai untuk membuat penabungan dan setiap ringgit yang disimpan diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan. SSPN-i Plus juga memberikan pelbagai keistimewaan kepada pendepositnya dan tidak membebankan kerana menawarkan pelan simpanan dengan pelbagai pilihan pakej serendah RM50.00 sebulan yang mampu di buka oleh semua lapisan masyarakat.

9. SSPN-i Plus ini bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan tetapi juga mendapat perlindungan takaful yang sangat baik dan menyeluruh. Manfaat takaful yang bakal dinikmati ialah manfaat apabila berlaku kematian atau ilat kekal akibat kemalangan sehingga RM1 juta, manfaat bagi 36 jenis penyakit kritikal, elaun harian kemasukan hospital sehingga RM200 sehari, khairat kematian kepada pendeposit serta pasangan dan maksimum tiga orang anak.

10. Selain itu, perlindungan yang diterima ialah 24 jam di seluruh negara dan yang paling istimewa, pendeposit tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan kecuali perlu menjawab soalan kesihatan jika ingin membuka pakej Berlian.

11. Dividen yang amat kompetitif turut diberikan serta mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun dan patuh syariah. Dengan kata lain, SSPN-i Plus ini merupakan satu tabungan untuk dividen masa depan kerana dengan pelaburan yang rendah secara berterusan semenjak awal akan memberikan pulangan yang tidak ternilai pada masa akan datang. Akaun SSPN-i Plus boleh dibuka melalui kaunter PTPTN berdekatan atau Eksekutif Pemasaran di seluruh negara.

12. Istimewa sempena tahun pelancaran SSPN-i Plus, PTPTN turut menganjurkan cabutan hadiah kepada semua pendeposit yang membuat pembukaan akaun dalam tahun pertama ini denga