‘PTPTN NAFI AMBIL DUIT RM30,000 PEMINJAM
DARIPADA TABUNG HAJI’

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan telah mengambil duit RM30,000 daripada akaun Tabung Haji peminjam PTPTN seperti yang disebarkan di dalam laman sosial. Sebagaimana sedia maklum, semua transaksi pengeluaran mahupun pindahan wang yang dibuat bagi mana-mana akaun, tidak kira sama ada akaun bank atau akaun Tabung Haji adalah atas arahan dan kebenaran pemegang akaun itu sendiri.

2. Bayaran balik secara terus melalui simpanan dalam akaun Tabung Haji bukanlah merupakan saluran bayaran balik yang telah disediakan oleh PTPTN.

3. Saluran bayaran balik pinjaman PTPTN adalah sama ada melalui kaunter PTPTN di seluruh negara, kaunter ejen (Bank Islam, CIMB Bank, BSN Bank Rakyat, Pos Malaysia), potongan gaji atau pengeluaran Akaun II KWSP. Peminjam juga boleh membuat bayaran secara online yang mana transaksi dilakukan oleh peminjam itu sendiri melalui:

i) MyPay Mobile Web PTPTN;
ii) Electronic financial solution (e-Fes) di portal rasmi PTPTN; atau
iii) Perbankan internet menerusi:
– Bank Islam;
– CIMB Bank;
– Bank Rakyat;
– Maybank;
– Public Bank;
– RHB Bank;
– Pos Online;
– Affin Bank;
– Ambank;
– Agro Bank; dan
– BSN.

4. Sehubungan dengan itu, ditegaskan bahawa PTPTN tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat tindakan mengambil duit simpanan peminjam mahupun mengakses akaun Tabung Haji tersebut. Ia merupakan khabar angin atau suatu fitnah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan imej PTPTN.

5. Justeru, orang awam dan netizen diminta agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan khabar angin yang telah disebarkan. Mahasiswi berkenaan juga disarankan untuk membuat laporan polis atas kehilangan duit simpanan di dalam akaun Tabung Haji beliau.

6. Maklumat berkaitan bayaran balik pinjaman PTPTN boleh diperolehi melalui talian Khidmat Pelanggan 03 – 2080 4455, laman sesawang (website) dan media sosial rasmi PTPTN.

Dato’ Shamsul Anuar bin Hj Nasarah
Pengerusi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
12 April 2016