SEKADAR LUAHAN HATI SEBELUM TIDUR ..

Saya tidak boleh lena lagi, walaupun badan letih kerana seharian bermesyuarat dan berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan PTPTN. Kita bincang panjang bagaimana mahu melestarikan PTPTN dan menyelesaikan isu isu yang berbangkit. Saya memahami kemarahan pelbagai pihak dikalangan tokoh dan NGO Melayu bila melihat angka mengenai kurangnya jumlah dan bilangan pelajar Melayu yang diberikan pengecualian bayaran balik PTPTN berbanding dengan kaum bukan Melayu. Kita sedang mencari jalan bagaimana mahu mengatasinya tapi itulah hakikatnya kedudukan dan pencapaian anak anak Melayu kita. Memang amat kurang anak Melayu yang mendapat Ijazah kelas Pertama yang melayakkan mereka dikecualikan bayaran. Dimana salahnya ? Apakah kerana anak anak Melayu tidak diberikan peluang sebagaimana orang lain ? Jawapannya kita sebenarnya diberikan peluang yang sama , malah kadang kadang ( kalau boleh istilah ini saya gunakan ) anak anak kita diberikan peluang dan ruang lebih dari orang lain..tetapi kenapa jadi beginj ? Kalau ada yang membaca catatan ringkas saya ini, mungkin boleh menjawabnya walaupun saya juga tahu puncanya … Saya fikir tidak adil menyalahkan PTPTN kenapa tidak beri kepada ramai pelajar Melayu . Ini kerana bilangan anak Melayu yang mendapat Ijazah Kelas Pertama ( penerima pembiayaan PTPTN ) kurang sekali …saya rasa pihak pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab di IPTA atau IPTS mesti memainkan peranan. Lakukanlah apa juga usaha untuk lahirkan anak anak Melayu yang cemerlang dan hebat, mendapat Ijazah Kelas Pertama …lakukanlah ..jika tidak angka yang kita lihat ini tidak akan berubah …PTPTN hanya berperanan memberikan wang pembiayaan , dan kita tidak berperanan mendidik anak anak kita di universiti ,,,tapi PTPTN amat mengharapkan anak anak Melayu juga berjaya sebagaimana orang lain ..kita mahu mereka berjaya dan hebat sama demgan rakan rakan mereka yang lain… justeru itu, lakukanlah demi masa depan …

Namun lebih membimbamgkan saya ialah mengenai masa depan orang Melayu di tanah air yang bertuah ini … ..saya bimbang dgn masa depan umat Melayu . Ada antara kita berbalah sama sendiri, antara kita begitu mudah diperguna oleh pihak lain, ada bangsa kita yang menghina pemimpin dari bangsa sendiri..ramai anak bangsa kita hilang adap dan tatasusila, ada bangsa kita yang sudah tidak berfikiran reasional lagi…ada yang berkata dah bertahun tahun memerintah tak ada apa yang dibuat untuk orang Melayu ..bimbang saya fikirkan sikap sebahagian anak bangsa kita…..marilah kita rapatkan barisan, kita mesti bersatu, kita mesti bangkit dan pertahankan apa yang kita miliki sekarang ini kerana … kita sedang menghadapi cabaran besar …ada pihak yang mahu hancurkan masa depan kita …kita kena sedar semua ini..