BH Soalan 1:
UMNO berusia 70 tahun 1Mei ini. Dalam tempoh yang begitu lama ini, parti telah melalui pelbagai cabaran, krisis dan kontrovesi. Malah UMNO pernah melalui detik hitam apabila parti terbesar orang Melayu dan Bumiputra ini diharamkan. Namun semua ini berjaya dihadapi dan UMNO tetap utuh. Peristiwa ini sebenarnya memberikan pengalaman berharga pada parti termasuk pemimpinnya. Maknanya perkara seumpama ini bukan baru pada parti. Pada saya, walau apa keadaan sekalipun, jika kita tetap berpegang kepada prinsip dan tidak melanggari disiplin parti, UMNO akan tetap berdiri teguh. Justeru itu, jika kita berhadapan dengan krisis atau kontroversi, UMNO tidak akan berhadapan dengan masalah jika kita bermaufakat menyelesaikannya. Sebab itu, ketaatan, dan kesetiaan pada parti dan pemimpin penting pada parti seperti UMNO.

BH Soalan 2:

Berbanding dengan parti politik lain dalam negara ini, UMNO paling demokratik. Ini semua kita tahu dan dalilnya boleh dilihat melalui sistem pemilihan dalam parti kerana tidak ada parti lain seperti UMNO yang memberi kuasa akar umbi penentu siapa yang layak memimpin. Kemudian ruang ahli dan pemimpin bersuara juga cukup tertip dan tersusun. Ini dengan jelas menunjukkan UMNO tidak menyekat kebebasan bersuara. Malah ahli atau pemimpin juga tidak disekat jika mahu menegur atau mengkritik pimpinan tertinggi parti sekalipun. Namun kaedah dan caranya mestilah betul. Sebenarnya, di zaman Najib Razak lah dapat kita lihat UMNO begitu terbuka. Pada saya, jika ada sebarang perbezaan pandangan semua mesti berpegang pada peraturan atau undang undang parti. Tidak salah, jika ada perbezaan pandangan termasuk diperingkat tertinggi parti, cuma ia mestilah disuburkan dengan cara yang betul dan tidak menjejaskan parti.

BH Soalan 3 :

UMNO amalkan kebebasan bersuara. Namun, ia tidak bermakna kita bebas melanggar prinsip dan peraturan parti. Pada saya, tiada untungnya parti, jika kebebasan disalahgunakan. Justeru itu, pemimpin atau ahli parti mesti menggunakan saluran dan cara yang betul jika ingin menyuarakan apa juga perkara termasuk mengkritik, apatah lagi jika kita dikedudukan tinggi dalam hairaki parti. Saya fikir UMNO sekarang tidak memecat ahlinya, sesuka hati atau jika hanya mengkritik pemimpin. Tindakan disiplin biasanya diambil berasakan peraturan atau undang undang parti.

BH Soalan 4:
Pada saya keutamaan kita adalah parti, dan sokongan rakyat pada parti ketika pilihanraya. Sudah tentu, UMNO mesti menang dalam PRU14 dan Barisan Nasional terus memerintah. Kita sudah tiada masa kerana hanya berbaki lebih kurang 2 tahun sahaja lagi. Justeru tumpuan seluruh tenaga dan pimpinan parti mestilah kearah usaha untuk untuk mendapat sokongan rakyat pada parti. Cabaran kita sangat besar. DS Najib Razak sedang gigih berusaha mencapai apa yang sedang dirancang oleh kerajaan termasuk menjayakan segala janji parti pada rakyat dalam PRU13 lalu. Kita mesti memberikan sokongan atas usaha beliau. Kerana itulah, kita kena sedar siapa musuh parti sebenarnya, dan jika kita terus mengkritik parti sendiri secara terbuka maka kita bazirkan masa untuk menyelesaikan masalah parti dan menjawab isu yang dibangkitkan oleh ahli sendiri. Pada saya bukan bermakna kita tidak boleh mengkritik tetapi cara nya mestilah betul. Justeru itu kita mesti berpegang pada cara dan kaedah parti, dan berhenti dari melakukan perkara yang merugikan parti. Kita mesti focus pada tanggungjawab sebenar kita, dan jika ada masalah kita gunakan cara yang betul untuk menyelesaikannya.

BH Soalan 5:
Tidak salah kalau mahu menegur atau mengkritik, malah ia sesuai dengan amalan  demokrasi dalam parti.  Namun kalau benar kita sayangkan parti, kita perlulah sedar apa yang kita buat itu menguntungkan parti atau tidak. Dalam keadaan sekarang, apatah lagi dengan perkembangan teknologi hari ini,  pihak pembangkang mudah mengambil kesempatan dari apa yang kita lakukan. Justeru itu, kita kena berhati hati bila bercakap kerana dibimbangi ia akan diputarbeli oleh lawan. Apapun hakikatnya UMNO adalah parti yang demokratik, dan ada cara atau kaedah tersendiri jika kita ingin menyuarakan pandangan atau kritikan. Jadi kenalah guna saluran dan cara yang betul. Jika ada yang tidak suka pada pemimpin, malah ingin jatuhkannya ia dibenarkan oleh parti, namun ia mesti dilakukan melalui proses yang dibenarkan oleh parti. Ini penting kerana apa juga yang di lakukan yang penting jangan sesekali merosakkan parti lebih lebih lagi menjejaskan parti untuk berhadapan semasa pilihanraya. Pada saya cara yang dilakukan oleh segelintir ahli, pemimpin, atau bekas pemimpin ianya tidak kena, salah dan boleh merosakan parti.  Oleh itu jika betul kita sayangkan parti keramat ni, ikut lah kaedah yang dibenarkan.

BH Soalan 6:
Dalam mana mana organisasipun tidak boleh ada dua ketua. Samalah juga tidak boleh dua nahkoda, dalam satu kapal. Apalagi kalau keduanya tidak sehaluan. Keadaan akan lebih parah jika, kapal sedang mengharungi lautan yang gelora nya amat ganas. Kapal boleh tenggelam, kerana anak kapal sukar melaksanakan tanggungjawab. Pada saya, kita kena faham tanggungjawab dan patuh dengan segala peraturan yang ada. Hubungan orang nombor satu dan nombor dua sebenarnya cukup istimewa. Hubungan ini tiada pada yang lain, dan kerana itu orang nombor dua mesti membantu orang nombor satu melaksanakan tanggungjawab. Jika ada perkara yang tidak dipersetujui, orang nombor dua sepatutnya memanfaatkan hubungan istimewa yang beliau ada bagi menyatakan pandangan. Tidak boleh lah orang nombor dua menyatakan apa yang beliau tidak setuju dikhalayat ramai, kerana dia ada ruang untuk menyatakkanya dengan cara yang tidak menjejaskan parti.

BH Soalan 7:
Saya setuju kita kena setia kepada parti dan jangan taat setia membuta tuli. Ini kerana parti akan kuat kalau tahap kesetiaan kita pada parti tinggi. Justeru itu, kalau kita rujuk isu yang dihadapi Presiden UMNO, kita berpeganglah pada prinsip parti. Bila Presiden diserang dan dituduh, berilah peluang dahulu pada Presiden untuk membuat penjelasan dan membela dirinya dan tidak adillah jika desakan terus dibuat agar beliau melepaskan jawatan. Mana boleh menghukumnya tanpa terbukti dia bersalah. Keadaan ini juga sebenarnya adalah sebahagian cara kita setia pada parti kerana menghormati institusi presiden juga ciri ciri yang menunjukan kesetian kita pada parti. Malah apabila dengan berani Presiden meminta siasatan dibuat oleh pelbagai badan dan institusi penguatkuasa, maka kita hormatilah proses yang dibuat. Tidak bolehlah kita terus mendesak beliau berundur apabila proses siasatan sedang dilakukan. Dan apabila pihak berkuasa telah membuat keputusan , kita mestilah akur dengannya kerana sebagai parti dan pemimpin yang mendokong kerajaan kita mestilah menghormati dan menjunjung institusi penguatkuasa yang ada. Jadi tidak timbul soal menyokong buta tuli kerana proses yang berlaku itu jelas menunjukan Presiden tidak bersalah.

BH Soalan 8:
UMNO telah menempuh pelbagai cabaran dan bukanlah sesuatu yang luar biasa bila seorang pemimpin parti dikenakan tindakan oleh parti kerana sebelum ini pun ianya pernah berlaku. Saya lihat UMNO matang dalam membuat keputusan ini, dan tidak terburu buru bertindak. Keputusan hanya  dibuat setelah beberapa kali peluang diberikan kepada TSMY untuk membetulkan keadaan. Malah pimpinan parti telah menunjukkan isyarat agar perpaduan mesti diperkukuhkan dan Presiden sendiri telah menghulurkan tangan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015 lalu. Namun apabila dilihat Timbalan Presiden  terus tidak berfungsi sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan dan boleh menjejaskan kedudukan parti maka tindakan mesti dilakukan. Kita akan berhadapan dengan pilihanraya, maka kita perlu pastikan organisasi berjalan dengan sempurna. Pada saya, tidak timbul soal menyekat kebebasan bersuara, malah jika TSMY fikir dia mahu terus bersuara, itu terpulanglah kepadanya tetapi keadaan sudah berbeza kerana dia tidak lagi bersuara atas kapasitinya seorang Timbalan Presiden.Saya berpendapat ini bukan soal peribadi, ini sebenarnya soal memelihara institusi Timbalan Presiden parti yang sepatutnya berfungsi dengan betul diketika kita sedang berhadapan dengan cabaran yang sangat berat, dan Presiden perlukan pembantu setia yang bersama sepatutnya. Apa yang penting parti mesti menang dalam pilihanraya walau dalam keadaan apa sekali pun.à

BH Soalan 9:
Dalam isu ini, harapan saya ahli UMNO disemua peringkat dapat menerima keputusan ini. Kita sedang dan akan berhadapan  cabaran besar. UMNO perlu memperkukuhkan dan jentera parti mesti senada bergerak. Tradisi parti orang nombor dua, penting pada parti terutama di ketika pilihanraya. Keputusan yang dibuat oleh MT UMNO pada saya bukan kerana individu sebaliknha atas kepentingan parti kerana kita sudah tiada masa lagi sekarang. Apa yang penting semua kita perlu focus untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya.