UTUSAN MALAYSIA

Tidak adil melempar tuduhan atau melebelkan kerajaan tanpa bersandarkan fakta dan maklumat yang betul atau sahih. Malah terlalu keterlaluan bila mengambarkan DS Najib Razak seorang pemimpin dan kerajaan yang diktator. Mustahil individu yang menuduh tidak faham perkataan diktator, kerana kalau kerajaan yang mengamalkan cara ini, ia akan mentadbir tanpa mengikut perlembagaan, bersifat zalim atau mengikut kehendak dirinya tanpa memikirkan hak orang lain.

Saya menolak sama sekali tuduhan Tun Mahadhir dan TSMY yang mengambarkan Najib Razak mentadbir secara diktator. Banyak bukti jelas yang kita boleh lihat antaranya melalui Program Tranformasi Politik yang pentadbiran Najib Razak lakukan. Lihatlah beberapa undang undang negara yang suatu ketika dulu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Tun M ketika 22 tahun beliau menjadi PM seperti Akta Media Dan Mesin Cetak, ISA, dan beberapa lagi dipinda bagi memberi ruang dan hak kepada rakyat. Ini menunjukkan keberanian Najib Razak apabila melepaskan suatu kuasa besar yang ramai pemimpin sebelum ini menggunakan hak sepenuhnya. Begitu juga akta Perhimpunan Aman yang juga memberikan hak serta ruang pada rakyat mengikut undang undang.

Pernah juga Rang Undang Undang yang dibawa oleh kerajaan dizaman Najib Razak ditarik balik apabila tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen BN sendiri. Malah dizaman inilah pengiktirafan jelas dilihat kepada Ahli Parlimen BN berbanding zaman Tun M. Ini adalah bukti jelas bahawa amalan demokrasi sangat diamalkan di zaman Najib Razak. Malah beberapa agensi penguatkuasa diberikan kuasa yang lebih berbanding dahulu misalnya SPRM.

Banyak perkara sebelum dilakukan, Najib sentiasa mendapat pandangan dari pelbagai pihak, misalnya dalam merangka Baget setiap tahun, malah RMKII jelas memperlihatkan pandangan pelbagai pihak, NGO dan parti boleh diambil kira sebelum dilaksanakan. Najib sendiri jelas menggunakan kemudiahan medi sosial FB, tweeter dan sebagainya untuk berhubung dengan rakyat. Malah kalau kita lihat dalam FB beliau pelbagai bentuk pandangan malah kritikan dilemparkan secara peribadi kepada beliau oleh rakyat. Ini bukti keterbukaannya. Kalau beliau diktator pasti ramai yang diambil tindakan.

Pada saya, janganlah kerana kecewa terhadap sesuatu perkara, atau maklamat yang kita inginkan tidak tercapai maka, pelbagai tuduhan liar dilakukan. Ini sangat tidak adil, dan Tun M sepatutnya lihat dieranya apakah kebebasan mutlak diberikan terutama media massa dan ramai musuh politiknya di tahan ISA ketika itu. Sepatutnya kalau kita bercakap soal sayangkan negara kita kena jujur dan banyak perkara. Saya juga lihat TSMY juga diberikan banyak peranan sewaktu awal menjadi TPM dan mempengerusikan pelbagai Jawatankuasa peringkat kabinet. Ini juga bukti tiada amalan diktator kerana kalau diktator pasti ruang tidak diberi. Dan Tun M sepatutnya ingat zaman di memimpin berapa ramai pemimpin diketepikan hanya kerana berbeza pandangan atau mahu melawannya.

Hari ini pelbagai pengiktirafan diperolehi oleh kerajaan pimpinan najib khususnya berkaitan ekonomi negara. Pengiktirafan oleh badan panarafan antarbangsa adalah bukti pimpinan Najib Razak diiktiraf. Saya harap berilah peluang Najib Razak memimpin, kerana kita mahu membela rakyat dan mengatasi cabaran dihadapan kita sekarang ini. Tindakan Tun M dan Muhyuddin sebenarnya tidak baik pada negara dan rakyat.