TUN M Keluar UMNO

Keputusan Tun M keluar UMNO adalah ulangan sebagaimana yang beliau lakukan ketika Tun Abdullah Badawi memimpin UMNO dan kerajaan sebelum ini. Ketika itu Tun Mmembuat tekanan yang sama untuk memaksa Tun Abdullah meletak jawatan dan tindakan beliau hari ini mengulangi skrip yang sama. Namun demikian samada Tun M keluar atau tidak daripada UMNO sikap dan tindakannya terhadap kepimpinan parti dan UMNO sendiri saya fikir akan sama, yang berbeza kini Tun M akan mengkritik tidak lagi sebagai ahli UMNO. Paling pasti Tun Mjelas melakukan apa saja bagi memaksa DS Najib meletakkan jawatan, dan sudah tentu beliau berharap langkahnya ini akan diikuti oleh individu yang lain.

Dalam pada itu Tun Mtidak menghirau atau mempedulikan apa kesan yang akan berlaku pada parti dari tindakannya. Nampak jelas selagi matlamatnya tidak tercapai beliau tetap berusaha memaksa PM dan parti mengikut apa kemahuannya. Saya tidak nampak cara yang dilakukan oleh beliau boleh menjadi tauladan kepada generasi baru dalam UMNO. Ini kerana Tun M sepatutnya memikirkan kesan pada parti melebihi yang lain.

Kita tidak pernah menafikan jasa Tun M kepada UMNO dan negara ini. Namun pendekatan dan cara Tun M lakukan ini tidak sesuai kerana banyak kesan tidak baik kepada parti. Saya fikir banyak kaedah lain, yang sepatutnya digunakan oleh Tun M jika beliau benar benar ikhlas pada parti.

Saya harap pimpinan dan ahli parti disemua peringkat tidak panik atau bimbang dengan situasi ini diatas tindakan Tun M kerana sejak akhir akhir ini, Tun M sewaktu dalam UMNO pun tindakannya dilihat memihak pembangkan. Apa yang penting kita mestilah terus merapatkan barisan dan perpaduan dikalangan kita disemua peringkat sebab dengan perpaduan dan kesetiaan sahaj UMNO akan mampu menghadapi semua ujian ini.

Walaupun demikian langkah penjelasan dan penerangan kepada ahli disemu peringkat perlu ditingkatkan dan kita mesti terus focus kepada tanggungjawab kita sebenar. Tindakan TM ini sebenarnya telah dijangka oleh pelbagai pihak.