SUMBANGAN KEBAJIKAN
BIRO KEBAJIKAN UMNO MALAYSIA hari menyampaikan RM20,000 mewakili YAB Presiden UMNO Malaysia kepada empat orang anak yatim yang kehilangan tempat bergantung baru baru ini dimana ibu nya telah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser tahap empat (4). Peristiwa ini telah menyebabkan keempat-empat anaknya kini bergelar yatim piatu.

2. Maklumat anak-anak adalah seperti berikut:

Siti Nur badhirah binti Mohd Idham
Anak sulung
Muhammad Khairul Ikhwan bin Mohd Idham
10
Anak ke-2
Siti Nuramni Hawani binti Mohd Idham
3
Anak ke-3
Muhammad Fitri Ramadhan bin Mohd Idham
1 tahun 8 bulan
Anak bongsu

Memandangkan anak anak ini masih kecil dan masa depan mereka perlu pembelaan, maka Biro Kebajikan UMNO Malaysia membuat keputusan untuk mendepositkan sumbangan ini kedalam akaun SSPNi PTPTN dengan tujuan wang ini digunakan untuk tujuan pendidikan anak anak ini.

Dan kebetulan saya juga adalah Pengerusi PTPTN jugamemberikan bantuan dan sumbangan melalui tanggungjawab sosial korporat kepada keempat-empat anak yatim piatu tersebut berbentuk pembukaan akaun SSPN-i bagi membantu pendidikan mereka di masa hadapan. Sumbangan yang dihulurkan oleh PTPTN berjumlah RM10,000.00 dengan setiap anak memperolehi pembukaan akaun SSPN-i sebanyak RM2,500.00.

Maka, keseluruhan sumbangan kepada anak anak ini ialah RM30,000 . Saya selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia juga menyeru dan mengalakkan mana mana individu yang mahu menyumbang boleh juga memasukan wang ke dalam akaun simpanan anak anak ini. Saya harap mereka akan mempunyai wang untuk membantu pendidikan mereka kerana penting pendidikan mereka dijaga bagi tujuan masa depan mereka. BIRO KEBAJIKAN UMNO MALAYSIA amat sensitif dengan masalah ini kerana itu melaluiPROGRAN TURUN PADANG BANTU RAKYAT kita menghukurkan bantuan pada hari ini.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.