Anwar Ibrahim Pembohong

Anwar Ibrahim Pembohong

20130528-003932.jpg

Pendedahan Jusuf Kalla Bukti Anwar Tidak Layak Dipercayai

Oleh: Azlina Rosdy
LENGGONG, 27 Mei – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pendedahan yang dibuat oleh Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla seharusnya membuka mata semua pihak terutamanya penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Ujarnya, pendedahan tersebut jelas membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu memang tidak boleh dipercayai.

“Saya percaya selepas ini sudah pasti Anwar akan meletakkan kesalahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan menuduh kononnya kegagalan tersebut adalah kerana Najib.

“Apabila Anwar mula bersuara dan mengutarakan pelbagai alasan yang bertujuan menutup segala penipuannya, maka penyokong tegarnya sudah pasti akan percaya. Seharusnya, penyokong tegar Anwar bersikap realistik dan mengkaji pendedahan yang dibuat oleh Jusuf Kalla.

“Sebelum ini pelbagai pendedahan telah dibuat namun masih gagal untuk membuka mata penyokong Anwar Ibrahim. Kini, saya berharap agar mereka akan mula mengkaji perkara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Baru-baru ini, Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia yang dibuat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan enggan menerima kekalahan di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Tambah Shamsul, Jusuf Kalla adalah sahabat karib Anwar maka kekecewaan yang diutarakannya itu harus membuka mata dan minda penyokong pakatan pembangkang.

“Sudah pasti Anwar akan menafikan pendedahan yang dibuat oleh rakan karibnya itu. Kemudian apa yang diperkatakan Anwar akan dimainkan oleh media sosial pro pembangkang kononnya kerajaan dan BN yang bersalah.

“Rakyat mesti sedar bahawa inilah sikap dan perangai Anwar. Ini bukan pertama kali berlaku dan setiap kali itulah dia akan menafikan segala hal dan meletakkan kesalahan kepada BN. Walau siapapun yang membuka pekung Anwar, semuanya akan dinafikan kononnya semua orang tipu dan hanya dia yang berkata benar.

“Sepatutnya rakyat sudah boleh menilai siapa dan bagaimana sebenarnya Anwar Ibrahim ini. Persoalan yang akan timbul, mengapa dia memungkiri janji yang telah dibuat. Ini kerana dia terlalu yakin akan menang dan mengambil alih negara, sebab itu dia buat janji tersebut. Tapi bila kalah, dia mungkir janji.

“Pelbagai alasan akan dibuat untuk mengelak daripada melaksanakan janji tersebut. Bayangkan sekiranya dia memerintah negara dengan sikap yang sebegini. Apa akan jadi dengan masa hadapan rakyat nanti,” jelasnya lagi. – MediaUMNO

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.