Berita Sinar: Jambatan Runtuh Di Kg Banggol Belimbing Dibaiki Segera

Berita Sinar: Jambatan Runtuh Di Kg Banggol Belimbing Dibaiki Segera

Masalah Jambatan di Kg Banggol Belimbing dan Kg Bor Banggol Belimbing Lenggong yang sekali lagi runtuh akibat bencana banjir banjir baru ini selesai apabila apabila sebanyak RM300,000 diperuntukan bagi tujuan baikpulih termasuk 4 buah jambatan termasuk baikpulih tebing tebing runtuh hasil peruntukan yang diluluskan oleh YB Menteri Kewangan II yang diusahakan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong. “ Walaupun dilaporkan oleh media oleh pihak pihak tertentu kononnya saya bersama ADUN Kota Tampan, tidak bertindak dalam menyelesaikan isu ini, ianya sebenarnya adalah tidak benar. Saya sendiri bersama ADUN Kota Tampan telah lebih awal melihat keadaan jambatan itu dan beberapa kawasan lain yang runtuh akibat banjir baru baru ini pada hari kejadian berkenaan, dan telah mula mengusahakan bagaimana mahu mendapatkan peruntukan kerajaan bagi menyelesaikan nya “ YB Ahli Parlimen Lenggong berkata demikain ketika dihubungi Sinar Harian baru baru ini.

 “ sebenarnya agak sukar mendapatkan peruntukan dipenghujung tahun begini, namun kerana jambatan ini amat mustahak dan perlu diselesaikan segera, maka kerajaan bersetuju menyelasaikannya. Sebab itu, apabila saya bertemu YB Menteri Kewangan II, ianya dapat diselesaikan, dan iannya akan disalurkan melalui Unit Penyelarasan perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri  ( ICU ) Negeri Perak tidak lama lagi. Walaupun begitu saya berharap pengguna dan rakyat yang terlibat bersabar kerana iannya mengambil sedikit masa walaupun begitu saya telah minta iannya disegerakan. “  Sinar Harian diberi maklum bahawa perincian mengenai keseluruhan kos baikpulih jambatan berkenaan disediakan oleh ICU Hulu Perak, dan lawatan bersama YB Ahli Parlimen Lenggong dan Ketua Serta JKK Kg Banggol Belimbing telah dilakukan sebelum ini.

Dalam pada itu YB Ahli Parlimen Lenggong juga merasa kecewa kerana pihak pihak tertentu terutama sekali pembangkang ( PAS Lenggong ) hanya bijak mengambil kesempatan memburukkan kerajaan sahaja apabila isu-isu ini berlaku, dengan mengeluarkan berita berita yang bertujuan menimbulkan kemarahan kepada wakil rakyat khususnya kerajaan apabila maslah ini berlaku. “ Mereka bukan mahu menyelesaikan masalah, yang meraka mahu ialah menimbulkan kemarahan rakyat sedangkan mereka tidak tahu apa yang kita buat. Saya ambil contoh masalah jambatan runtuh di Kampong Chepor dahulu, secara berulang kali dimasukkan dalam berita mengenai jamgbatan ini termasuk mereka reka cerita ada orang jatuh sungai dan sebagainya tetapi apabila jambatan itu siap, tidakpun dilaporkan. Kenapa tidak melaporkan apabila jambatan jamatan ini termasuk di Kg Ckepor telah siap ?. Inilah cara mereka sebab itu saya minta rakyat menilai siapa dan pihak mana sebenarnya yang ikhlas membantu menyelesaikan masalah rakyat “

Untuk maklumkan pembaca, terdapat tiga buah jambatan telah runtuk dan bereda dalam keadaan bahaya akibat banjir di Daerah Kecil Lenggong. Ini meyebabkan berlaku masalah kepada penduduk kerana sebahagiannya telah memutuskan hubungan masyarakat tempatan.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.