Berita Utama

Masalah Jambatan di Kg Banggol Belimbing dan Kg Bor Banggol Belimbing Lenggong yang sekali lagi runtuh akibat bencana banjir banjir baru ini selesai apabila apabila sebanyak RM300,000 diperuntukan bagi tujuan baikpulih termasuk 4 buah jambatan termasuk baikpulih tebing tebing runtuh hasil peruntukan yang diluluskan oleh YB Menteri Kewangan II yang diusahakan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong. “ Walaupun dilaporkan oleh media oleh pihak pihak tertentu kononnya saya bersama ADUN Kota Tampan, tidak bertindak dalam menyelesaikan isu ini, ianya sebenarnya adalah tidak benar.

Lawatan kerja Pengerusi Kumpulan Felda ke Kawasan Parlimen Lenggong atas jemputan YB Ahli Parlimen Lenggong telah berjaya memberikan maklumat dan penjelasan kepada masyarakat terutama warga Felda mengenai isu sisu dan maklumat baru menganai Felda. Lawatan sehari di penuhkan dengan pelbagai acara iaitu Perjumpaan tertutup Bersama Warga Felda  Wilayah Trolak  yang diadakan di Rumah Rehat Lenggong, dan bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Lawin Selatan diadakan program Ramah Mesra Serta Penerangan Isu Semasa. Selain daripada itu, program lawatan ke rumah rumah turun diadakan yang diketui sendiri oleh isteri Pengerusi Kumpulan Felda bersam Isteri Ahli Parlimen Lenggong dan Isteri ADUN Kenering.

Kepelbagaian acara dalam Karnival Sukan Parlimen Lenggong memeriahkan suasana kerana ia melibatkan pelbagai golongan peringkat umur dari kanak-kanak TABIKA hinggalah golongan dewasa. YB Ahli Parlimen Lenggong selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Karnival Sukan Parlimen Lenggong, merasa bangga kerana sambutan yang begitu ramai daripada masyarakat pelbagai kaum...

KARNIVAL SUKAN Parlimen Lenggong 2012 yang berlangsung baru baru ini meriah sekali. Jelas kelihatan ialah penglibatan generasi muda pelbagai kaum yang terdiri daripada ahli-ahli parti politik, kelab dan pertubuhan belia serta NGO. Menurut En Mohamad Abdul Wahab, yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Lenggong, antara acara yang menjadi tarikan kepada orang muda ialah Pertandingan Bola Sepak, Paint Ball, Wal Climbing, Bola Jaring, Liga Futsall, dan sebagainya.

Jabatan Belia Dan Sukan Lenggong bersama Majlis Belia Daerah Lenggong memainkan peranan penting menjayakan acara pertandingan Nasyid sempena Pesta Makanan Tradisional Lenggong. . Pertandingan yang disertai oleh pelbagai peringkat umur menawarkan pelbagai hadiah dan Berjaya menerik ramai pengunjung disamping menikmati makanan yang disediakan. En Redzuan Amir Hamzah Pengerusi Majlis Belia Lenggong  yang bertanggingjawab bersama Jabatan Belia Sukan Lenggong berkata, acara pertandingan nasyid sememangnya menjadi gegemaran masyarakat di Lenggong dan mampu menarik ramai peminat , kerana itu ia manjadi suatu acara yang penting disini.

Pertandingan Masakan Kuih Tradisi Dan Masakan Pekasam Penyeri Pesta Makanan Tradisional LENGGONG 2011.

Pesta MAKANAN TRADISIONAL Lenggong 2011 yang dianjuran oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, tidak meninggalkan beberapa pertandingan utama. Justeru itu  Jabatan Perikanan Lenggong memainkan peranan utama dalam Pertandingan Masakan Ikan Pekasam Lenggong. Pelbagai menu masakan dipertandingan dengan melibatkan lebih 15 peserta yang memasak ikan pekasam. Disamping itu lebih 25,000 ketul kuih dihidangkan semasa pesta ini, dimana lebih 67 peserta menyediakan kuih muih pebagai jenis yang menjadi tradisi masyarakat disini.

Konsep Gotong royong, merupakan nilai utama yang ingin ditekankan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong dalam Pesta Makanan Tradisional kali ini. “ Bagi saya pelancong bukan sahaja ingin menikmati makanan tetapi cara hidup dan amalan masyarakat juga ingin mereka lihat .

Kerana ini keramahan masyarakat dan semangat gotong royong diperlihatkan dalam program ini “ kata Ahli Parlimen Lenggong. Majlis Daerah Lenggong dan semua jabatan kerajaan terutama dibawah Kementerian Pertanian Telibat dalam program ini.

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2011 yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Lenggong, dimana Pejabat Kementerian Pelancongan dan Jabatan perdana Menteri yang menjadi penaja utama Berjaya menonjolkan keunikan dari segi penyediaan makanan. En Razli Ahmad Ketua Kampong Lenggong bersama JKK dan penduduk Kampong Lenggong secara bergotong royong telah menyediakan Nasi yang dimasak dalam buluh, dan istimewanya “ KABEBE “ makanan

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2011, Kali 1 dirasmikan oleh YABhg Datin Seri Di Raja Saripah Zulkifli, Isteri YAB Menteri Besar Perak. Pesta yang dikunjungi lebih 10000 tetamu, dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, dan Majlis Pelancongan Komuniti Lenggong, dimana Kementerian Pelancongan Malaysia, melalui Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Perak dan Jabatan Perdana Menteri menjadi penaja utama. Selain Pusat Khidmat ADUN Kota Tampan dan ADUN Kenering, Majlis Daerah Lenggong, Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini melibatkan semua Penghulu Mukim, Ketua dan JKK Kampong , Pejabat Belia sukan Lenggong, KEMAS Parlimen Lenggong, Majlis Belia Lenggong, semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian Malaysia di Lenggong.

Buat julungkalinya LENGGONG Joran serta EXPO Perikanan Lenggong 2010 diadakan di Tasek Raban Lenggong pada 10 – 12 Disember 2010 ini. Program yang dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dengan sokongan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pelancongan ini serta disokong oleh pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian Industri Asas Tani ini, bermatlamat menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan khususnya aktiviti memancing dan agropelancongan. Program yang turut dijalankan oleh Majlis Daerah Lenggong serta Pejabat ADUN Kota Tampan serta pelbagai Jabatan di daerah ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memajukan kawasan ini dengan aktiviti perlancongan dan pertanian. Lenggong Joran dijangka akan menarik pelbagai lapisan kaki kaki pancing kerana ia diuruskan oleh Persatuan Pemancing Malaysia ( PeMP) sebagai Urusetia Teknikal LENGGONG Joran.

Masalah utama yang berkaitan bekalan air bersih bagi Kawasan Parlimen Lenggong bakal diselesaikan sepenuhnya oleh kerajaan melalui kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila lebih daripada 21 kampong atau projek bekalan air akan dilaksanakan oleh kerajaan sehingga 2012 akan datang. Ini adalah projek yang akan dilaksanakan dibawah Program Nasional Key Results Area (NKRA) dan ia telah dimaklumkan secara bertulis oleh menteri Di Jabatan Perdana Menteri secara bertulis kepada pihak saya yg mana ini adalah sebahagian daripada program Tranformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru baru ini.

Dialog Orang Muda Parlimen Lenggong, memberikan ruang kepada orang muda Parlimen Lenggong menyuarakan pandangan, pendapat, idea dan menegur pemimpin serta turut sama membangunkan Kawasan Parlimen Lenggong. Mohd Fahmi Osman, Setiausaha Dialog Orang Muda bagi Zon Air Panas Dan Zon Kenderong mengakui bahawa dialog ini suatu idea yang amat baik daripada Ahli Parlimen Lenggong. Seri ke 6 yang diadakan di dataran Lenggong Kg Padang Kunyit Grik