Berita Utama

Janji kerajaan Brisan Nasional untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk Lenggong akan terlaksana apabila Projek Pembinaan Pusat Kesihatan Dan Wad Bersalin Lenggong yang bernilai RM28 Juta, mula dibina pada di kawasan seluas lebih kurang 9 ekar di Kg Chain Lenngong. Projek yang selalu diwawarkan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong ini, menjadi kenyataan dan tentu ianya meningkatkan lagi kemudahan kesihatan penduduk di sekitar Lenggong.

Melalui Projek Lenggong AGROVelly , Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Lenggong akan melancarkan Projek Nangka Madu mengikut Konsep Hectare Equivalent. Pemilihan buah-buah tropika seperti nagka (actocarpus heterophyllus) ini memandangkan ua merupakan suatu tanaman yang amat berpotensi diusahakan. Pendekatan Hectare Equivalent bermaksud tanaman ini diusahakan oleh peladang-peladang individu berasaskan kemampuan dan keluasan tanah mereka. Maknanya melalui kaedah ini peladang mengusaha atau menjaga saiz masing masing dan tuntunya ia tidak melibatkan guna tenaga buruh yang ramai malah melalui kedah ini lebih ramai peladang akan melibatkan diri.

Isu Konflik antara Gajah dan manusia di Kawasan Parlimen Lenggong dan di Daerah Hulu Perak bukan perkara baru dan ia sebenarnya jika tidak ditanggani dengan berkesan akan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. “ walaupun bagi sesetengah pihak melihat tidak berapa penting tapi bagi saya ianya merupakan antara perkara utama yang perlu saya selesaikan sebagai wakil rakyat di kawasan ini, sebab itulah saya akan cuba menyelesaikannya kerana ini antara masalah besar kepada rakyat di kawasan Lenggong yang saya wakili. Kita tidak boleh menolak pembangunan, termasuk pembalakan dan pembukaan

Dua buah kampong dalam Parlimen Lenggong bakal di iktiraf sebagai Kampong Wayerles apabila ianya bakal dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia melalui SKMM dalam usaha kerajaan mempertingkatkan kadar pertumbuhan jalur lebar isi rumah. Cadangan telahpun dikemukakan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong kepada pihak kementerian setelah pihak kementerian melalui SKMM memintanya berbuat demikian. YB Ahli Parlimen Lenggong memaklumkan Kampong Lawin dan Kampong Lenggong dipilih kerana ianya memenuhi kreteria yang diminta pihak kementerian . Perkara ini diumumkan Dato’ Shamsul Anuar Nasarah dalam ucapanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kenering disini .

Kerajaan sesekali tidak akan meminggirkan mana mana kaum dalam negara ini, malah semua kaum termasuk kaum monoriti tetap mendapat pembelaan dan perhatian kerajaan. Di bawah kepimpinan YB Najib Razak, sesuai dengan konsep satu Malaysia maka semua kaum akan sama sama akan merasai nikmat pembangunan yang sedang dijalankan termasuk dalam soal pendidikan, program kemiskinan, kesihatan dan sbagainya sesuai dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan Negara.

YAB PM Luluskan RM6.2 Juta Bagi PROJEK BEKALAN AIR BERSIH DI PARLIMEN LENGGONG ( Kampong-Kampong Seberang Sungai Perak )

Masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh lebih 2500 pengundi yang melibatkan lebih 5000 penduduk di 5 buah kampong di seberang sungai perak sejak berpuluh tahun selesai apabila YAB Perdana Menteri Malaysia meluluskan RM6.2 Juta bagi melaksanakan projek bekalan air bersih di kawasan berkenaan. Projek yang diluluskan oleh PM ini adalah hasil perjungan Ahli Parlimen Lenggong bersama wakil wakil rakyat di kawasan ini. Melalui projek ini yang terlibat ialah kampong-kampong Seberang Sungai Perak (Kg Batu Reng, Kg Beng, Kg Luat, Kg Paya Pulau Chery, Kg Chepor dan Kg Bukit Sapi ).