Dialog Orang Muda

Dialog Orang Muda

Dialog Orang Muda Parlimen Lenggong, memberikan ruang kepada orang muda Parlimen Lenggong menyuarakan pandangan, pendapat, idea dan menegur pemimpin serta turut sama membangunkan Kawasan Parlimen Lenggong. Mohd Fahmi Osman, Setiausaha Dialog Orang Muda bagi Zon Air Panas Dan Zon Kenderong mengakui bahawa dialog ini suatu idea yang amat baik daripada Ahli Parlimen Lenggong. Seri ke 6 yang diadakan di dataran Lenggong Kg Padang Kunyit Grik berjaya menarik lebih 600 generasi muda menyertainya.Rata rata teruja dengan dialog ini yang turut diadakan aktiviti futsall dan tatahiasa selepas sessi dialog. YB Ahli Parlimen Lenggong yang dihubungi menyatakan sehingga kini lebih 1500 generasi muda telah terlibat dalam program ini. “ saya bekas pemimpin belia, lahir dari kilang belia dan pemuda UMNO. Saya tahu orang muda inginkan suara mereka didengar dan cita rasa mereka juga berbeza serta mereka berada dikelompok yang tidak sama. Mereka tidak juga mahu menentukan masa depan mereka , justeru itu kita mesti mendekati mereka melalui pelbagai cara dan sudah tentu dialog ini adalah satu daripada caranya “

Dialog Orang Muda yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ahli Parlimen Lengong degan kerjasama pelbagai pihak akan terus diadakan dan ia mensasarkan penglibatan lebih 3000 generasi muda. Ini menurut Ahli Parlimen Lenggong penting dan sebagai satu daripada cara melibatkan orang muda dalam pelbagai perkara di Lenggong terutama mendengar dan menyelesaikan masalah mereka serta melihat dan menyelesaikan keperluan mereka.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.