Generasi Muda Memeriahkan Karnival Sukan Parlimen Lenggong

Generasi Muda Memeriahkan Karnival Sukan Parlimen Lenggong

KARNIVAL SUKAN Parlimen Lenggong 2012 yang berlangsung baru baru ini meriah sekali. Jelas kelihatan ialah penglibatan generasi muda pelbagai kaum yang terdiri daripada ahli-ahli parti politik, kelab dan pertubuhan belia serta NGO. Menurut En Mohamad Abdul Wahab, yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Lenggong, antara acara yang menjadi tarikan kepada orang muda ialah Pertandingan Bola Sepak, Paint Ball, Wal Climbing, Bola Jaring, Liga Futsall, dan sebagainya.

Hadiah bukan matlamat utama, yang penting adalah penyertaan . Menurut beliau lagi acara-acara pameran dan hiburan yang disediakan juga begitu menerik sekali. Ini menunjukan bahawa YB Ahli Parlimen Lenggong, berjaya menyelami kehendak dan citarasa generasi muda kerana itu pelbagai acara untuk orang muda dan pelbagai lapisan masyarakat disediakan di carnival kali ini. Karnival yang dianjurakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lenggong ditaja oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Pejabat Menteri Besar Perak, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKMM), FAMA Perak dan pebagai pihak lain ternyata begitu menarik.

Justeru itu, jika ditemui mana mana anak muda sepanjang karnival ini tentu mereka berkata YB Ahli Parlimen Lenggong mesti mengadakan karnival ini setiap tahun, kerana ia begitu menarik sekali dan ia boleh mendekatkan kami dengan wakil rakyat kami.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.