ISU JEREBU – Cermin Diri Dulu

ISU JEREBU – Cermin Diri Dulu

Pembangkang Usah Lagak Hero, Cermin Diri Sebelum Salahkan Kerajaan Isu JerebuOleh: Azlina RosdyKUALA LUMPUR, 26 Jun – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah membidas sikap pembangkang yang cuba berlagak hero menyalahkan kerajaan terhadap isu jerebu yang sedang melanda negara ketika ini.Ujarnya, pembangkang hanya tahu mempolitikkan semua perkara dan sentiasa mencari jalan untuk menyalah seterusnya merosakkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN) sedangkan mereka sendiri gagal menyelesaikan banyak perkara termasuk isu dalaman parti mereka sendiri.“Ini jelas menunjukkan bahawa pembangkang sebenarnya telah kehabisan modal sedangkan masalah jerebu ini bukannya disebabkan BN malah ianya melibatkan negara lain. Kita mana boleh masuk campur urusan pentadbiran negara lain.“Saya lihat menyalahkan kerajaan kerana isu jerebu juga adalah sebahagian daripada cara pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada membincangkan isu mengenai kegagalan mereka berhimpun di Padang Merbuk serta mengelakkan rakyat daripada membincangkan sikap hipokrit mereka yang akhirnya ke parlimen untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen,” ujarnya kepada UMNO-Online.Beliau turut menyatakan bahawa pembangkang sebenarnya sama sekali tidak layak untuk mengkritik dan menyalahkan kononnya kerajaan lambat bertindak berkaitan masalah ini.Tuduhan pembangkang ini tegas beliau lagi sama sekali tidak benar kerana kerajaan telah mengambil beberapa tindakan dengan membuat hebahan kepada rakyat supaya mengambil langkah-langkah terbaik melalui media rasmi kerajaan.Kerajaan juga tambahnya bertindak melalui kementerian pendidikan untuk memberi cuti dan sebagainya.“Malah langkah kerajaan mengistiharkan Darurat di negeri selatan tanah air serta tindakan Perdana Menteri sendiri menghubungi pemimpin Indonesia adalah bukti tindakan dilakukan kerajaan.“Kerajaan juga menawarkan pesawat khas kepada Indonesia bagi membantu memadam dan mengawal kebakaran yang terjadi. Mereka sepatutnya lihat kepimpinan mereka sendiri sebelum menuding jari menyalahkan kerajaan. Dalam keadaan jerbu yang mengundang penyakit ini, mereka pula menggalakkan penyokong mereka ke jalan raya.“Adakah ini satu sikap yang bertanggungjawab. Adakah mereka mengambil sebarang iniasatif di negeri jajahan mereka yang teruk dilanda jerebu? Apa yang mereka telah lakukan…” soalnya lagi. – MediaUMNO

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.