ISU PERUMAHAN DI MALAYSIA

ISU PERUMAHAN DI MALAYSIA

ISU PERUMAHAN DI MALAYSIA

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta ( My Home ) yang dilaksanakan sekali lagi memperlihatkan kesungguhan kerajaan membantu rakyat semua peringkat untuk memiliki rumah . Komitmen berterusan kerajaan membantu rakyat dalam isu perumahan ini bukan omong kosong kerana berdasarkan rekod perkhidmatan kerajaan BN ia mampu direalisasikan kerana yang penting juga ia adalah gambaran bahawa BN adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kerana sentiasa memberikan perkhidmatan kepada rakyat

Rakyat semestinya bersyukur bahawa dalam soal menyediakan perumahan kepada rakyat semua kumpulan rakyat diberikan perhatian. Ini kerana BN sebagai kerajaan yang berpengalaman sentiasa memenuhi keperluan setiap golongan rakyat. Saya bagi contoh kerajaan melaksanakan projek rumah PPRT ia mensasarkan kepada golongan miskin, dan ianya dilaksanakan bukan hanya oleh satu kementerian malah pelbagai kementerian dan agensi sama ada diperingkat kerajaan persekutuan ataupun negeri. Maknanya kerajaan memberikan perhatian daripada golongan miskin hinggalah keperingkat tertinggi, termasuk bekas perajurit,kakitangan kerajaan dan swasta dan pelbagai pihak lain. Bukti keseriusan kerajaan dalam soal perumahan untuk rakyat diterjemahkan melalui kewujudan beberapa kementerian yang berkaitan termasuk menubuhkan pelbagai agensi termasuklah SPNB dan sekarang PRIMA dan sebagainya, dan termasuklah paling penting apabila kerajaan menubuhkan Majlis Perumahan Negara yang bertindakan sebagai badan tertinggi dalam soal atau isu perumahan.

Bagi program MyHome. Ia adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Paling istimewa ialah apabila skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pembelia, yang bermakna kita akan mendapat harga murah daripada harga asalnya. Ini sesuatu yang amat baik sekali dimana jika kita membeli rumah melalui Skim My Home, ini bermakna kerajaan akan membayar sebanyak RM30 ribu bagi pihak pembeli, ini sesuatu yang amat baik dilakukan pleh kerajaan BN. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome.

Justeru itu dalam soal menjaga kepentingan rumah kepada rakyat saya berani katakan bahawa tiada pihak lain mampu melalkukannya apatah lagi PR melalui kerajaan negeri yang mereka tadbir. Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan nilai harga dan penyediaan rumah dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat. kerajaan melalui majlis ini juga bertanggungjawab memantau pasaran hartanah, manakala keanggotaannya membabitkan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA serta Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) Sebab itu kesungguhan kerajaan dalam menyediakan rumh untuk rakyat yang disediakan sendiri oleh kerajaan atau swasta ini begitu banyak sekali dan laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu, termasuk rumah teres, teres dua tingkat, rumah berkembar, kondominium, kos rendah dan sederhana. Ini sesuatu yang amat besar sekali yang dilakukan kerajaan.

Secara perbandingan kita dapat lihat bahawa PR dinegeri yang dipinpin mereka tidak serius membantu golongan bawahan dalam isu perumahan. Di Penang ISU rumah mampu milik menjadi isu utama yang tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng. Malah kesukaran rakyat untuk memiliki rumah bukan sahaja dirasai oleh golongan berpendapatan rendah tetapi juga golongan berpendapatan sederhana kerana yang diberikan perhatian hanya kepada golongan berpendapatan tinggi kerana apa yang diberikan keutmaan lebih bersifat kormisial. Mengikut laporan di Pulau Pinang, majoriti penduduk miskin adalah orang Melayu. Golongan ini memang amat tertekan untuk mendapatkan rumah mampu milik. Malah, golongan berpendapatan sederhana juga didapati sukar untuk membeli rumah berharga RM350,000 ke bawah. Golongan ini yang juga kebanyakannya orang Melayu menghadapi masalah serius untuk mendapatkan rumah.

Mengikut tinjauan dan laporan kebanyakan projek perumahan di negeri itu lebih mengutamakan Pembinaan rumah mewah berharga mahal. Rumah teres tiga tingkat yang dibina harganya mencecah RM400,000 ke atas. Di George Town, rumah teres bersaiz sederhana kini mencecah RM600,000. Bagi rumah yang lebih mewah harganya mencecah RM1 juta. Malah di Pulau Pinang adalah yang termahal di Malaysia. Purata seunit mencecah RM540,000, iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah Malaysia setahun.

Oleh kerana kelemahan kerajaan Penang maka kita dapati bahawa, hartanah di Pulau Pinang hanya mampu dibeli oleh golongan berpendapatan tinggi. Kebanyakan usaha kerajaan negeri dan pemaju lebih kepada membina rumah-rumah mewah berbanding rumah mampu milik untuk rakyat bawahan. Lebin mendukacita kerajaan negeri tidak mengawal pembeli rumah selain banyak laporan dibeli oleh rakyat asing , terdapat rumah jenis kos sederhana turut dibeli oleh golongan berpendapatan tinggi yang sudah memiliki rumah dengan tujuan untuk dijual semula dengan harga lebih tinggi.

Sebab itu pada saya Ketua Menteri Penah Lee Guan Eng pula hanya pandai bercakap dan bersikap menutup mata dalam hal ini. Sikap beliau seolah hanya mahu menjadikan Penang negeri yang diduduki oleh golongan berada sahaja. Dan apa yang pastinya kaum Melayu dan golongan miskin terus dipinggirkan , ini seolah olah usaha menyisih atau menolak kaum Melayu ke tanah besar. Paling lawak alasan yang biasa diberikan oleh Ketua Menteri apabila diajukan pertanyaan bahawa agak sukar untuk menyediakan kawasan perumahan mampu milik di Pulau Pinang adalah alasan mudah untuk kerajaan negeri lepas tangan dalam isu perumahan rakyat ini.

Justeru itu saya harap Rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana mesti sedar bahawa kerajaan negeri yang dikuasai DAP tidak memandang serius perkara ini. Sebenarnya ramai orang Melayu Pulau Pinang berpendapatan sederhana berpindah ke Seberang Perai dan Kedah kerana masih terdapat projek-projek rumah mampu milik di sana. Golongan Melayu miskin pula terus ditindas di negeri ini. Walaupun kerajaan negeri ada membina rumah tetapi jauh daripada apa yang dijanjikan kerana difahamkan hanya membina sekitar 3,806 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah sejak mengambil alih kuasa pada 2008, jumlah itu terlalu kecil berbanding janji yang dibuat. untuk membina sejumlah 11,500 buah rumah mampu milik pada harga sekitar RM150,000.

Sebab itu rakyat Pulau Pinang berpendapatan rendah dan sederhana kini bergantung harap kepada kerajaan Pusat bagi membantu mereka memiliki rumah. Mereka mengharapkan simpati dan sifat kasih sayang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pemilikan rumah Najib telah meyakinkan rakyat Pulau Pinang bahawa sebanyak 20,000 buah rumah mampu milik akan dibina, dan separuh daripadanya adalah di bawah rancangan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Apa yang pasti kerajaan BN lebih mampu membela rakyat berbanding mana mana kerajaan negeri dibawah pakatan rakyat.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.