Kaji Wujud Undang Undang Baru – LENGGONG

Kaji Wujud Undang Undang Baru – LENGGONG

Hina raja: Kaji wujud undang-undang baharuShamsul Anuar KUALA LUMPUR 26 Jun – Kerajaan wajar mengkaji sebarang cadangan mewujudkan undang-undang baharu sekiranya perlu dalam usaha memastikan institusi raja tidak lagi dihina dan diperlekeh pihak tidak bertanggungjawab.Dalam masa sama, kerajaan perlu memperkasa undang-undang sedia ada bagi menghalang mana-mana pihak melakukan tindakan yang boleh meruntuhkan institusi yang paling tinggi kedudukannya di negara ini.Perkara itu dibangkitkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) ketika mengemukakan cadangan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada hari pertama perbahasan sidang Dewan Rakyat penggal ke-13 hari ini.Menurut beliau, jika perlu undang-undang penyalahgunaan media sosial baharu juga wajar dipertimbang selain menambah baik peruntukan sedia ada kerana kebebasan bersuara yang diamalkan negara ketika ini perlu seiring dengan sifat kebertanggungjawaban dalam kalangan pengguna.Berdasarkan kedudukan sekarang, katanya, kerajaan harus mengambil pendekatan lebih serius dalam isu-isu itu terutama mengkaji kewujudan undang-undang lebih relevan supaya institusi yang tinggi nilainya tersebut dapat dipertahankan.”Institusi raja adalah tonggak yang perlu dihormati tidak kira fahaman politik, kaum atau agama. Institusi ini merupakan lanjutan pemerintahan diraja yang diwarisi melalui konsep Raja Berperlembagaan dan melalui sistem ini juga negara berada pada kedudukan yang tinggi,” katanya.Sambil mengambil contoh penahanan dua individu ekoran disyaki mengeluarkan kata-kata menyindir Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, Shamsul Anuar berkata, institusi raja sememangnya tidak boleh diheret dalam kancah politik dan emosi.Dalam pada itu, Ahli-ahli Parlimen pembangkang jelas tidak berpuas hati dengan kenyataan Shamsul Anuar ketika mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin pembangkang lain memperlekeh institusi raja.Situasi itu menyebabkan sesi perbahasan beberapa kali terhenti selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit menyatakan rasa tidak puas hati mereka.Antaranya, Tian Chua (PKR-Batu) dan Haniffa Maidin (Pas-Sepang) yang berulang kali bangun menolak kenyataan Shamsul Anuar yang disifatkan mereka sebagai sangkaan jahat.Sesi perbahasan semakin panas selepas Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang terus mempertikai antara satu sama lain sehingga memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengingatkan mereka tidak mengulangi perbuatan itu bagi mengelak dikenakan tindakan.Dalam pada itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah pula mencadangkan Pejabat Peguam Negara merangka undang-undang Akta Derhaka seperti diamalkan di Thailand supaya mana-mana pihak yang menghina institusi raja dikenakan hukuman penjara.Cadangan Bung Moktar itu disokong beberapa Ahli Parlimen kerajaan lain antaranya Shamsul Anuar dan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Penggerang).Sementara itu, Hasbullah Osman (BN-Gerik) ketika bangkit mencelah pula menyarankan pihak berkuasa menyiasat dan membongkar kegiatan tentera siber yang ditaja pembangkang, Red Bean Army kerana kewujudannya boleh merosak dan menghancurkan negara.35Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130627/dn_04/Hina-raja-Kaji-wujud-undang-undang-baharu#ixzz2XPDbiufZ © Utusan Melayu (M) Bhd

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.