KENYATAAN MENGELIRUKAN
oleh pimpinan Kerajaan PH

KENYATAAN MENGELIRUKAN
oleh pimpinan Kerajaan PH

KENYATAAN MENGELIRUKAN
oleh pimpinan Kerajaan PH

Kebelakangan ini, beberapa isu timbul dan telah mewujudkan suatu suasana yang tidak baik dikalangan rakyat terutama rakyat berbilang kaum di negara ini.

Situasi ini jika Kerajaan PH gagal membendungnya, keadaan boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin lebih parah.

Dalam isu Zakir Naik. Kedapatan pimpinan Kerajaan PH masih lagi bersikap sebagaimana mereka menjadi pembangkang dahulu.

Mereka sendiri yang membuat kenyataan kenyataan yang mengelirukan terutama memetik ucapan tertentu diluar konteks sebenar dan dilihat sengaja menimbulkan suasana tenteram bagi menjayakan agenda parti atau diri sendiri.

Ini suatu yang tidak adil kerana sebagai pimpinan kerajaan yang memerintah mereka mesti bertanggungjawab dan jangan bertindak seolah olah mereka bukan kerajaan.

Bersikaplah sebagai pemerintah dan sebuah kerajaan yang adil lagi saksama.

Saya juga meminta Kerajaan PH dan pihak berkuasa supaya bertegas. Dan tidak membenarkan perlakuan atau tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Pihak berkuasa mesti bersikap adil dan menggunakan segala peruntukan undang undang yang ada bagi mengawal keadaan dan suasana.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
17.8.2019

kerajaaansepenggal #maluapabossku #lenggong #gerik #umnopas #umno

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.