Konflik Gajah Di Kawasan Parlimen Lenggong

Konflik Gajah Di Kawasan Parlimen Lenggong

Isu Konflik antara Gajah dan manusia di Kawasan Parlimen Lenggong dan di Daerah Hulu Perak bukan perkara baru dan ia sebenarnya jika tidak ditanggani dengan berkesan akan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. “ walaupun bagi sesetengah pihak melihat tidak berapa penting tapi bagi saya ianya merupakan antara perkara utama yang perlu saya selesaikan sebagai wakil rakyat di kawasan ini, sebab itulah saya akan cuba menyelesaikannya kerana ini antara masalah besar kepada rakyat di kawasan Lenggong yang saya wakili. Kita tidak boleh menolak pembangunan, termasuk pembalakan dan pembukaan kawasan hutan untuk penempatan atau pembangunan demi kepenting masyarakat,namun kita juga sebenarnya mesti mengakui hakikat punca utama juga konflik ini berlaku adalah diakibatkan oleh kehilangan habitat  gajah liar akibat pembukaan hutan untuk tujuan yang saya katakana tadi. Kerana itu saya berharap semua kita mesti sedar antara kepentingan pembangunan untuk rakyat kita juga mesti mengambil kira soal kemusnahan habitat yang menjadi kawasan gajah liar diami. “ Saya bercakap dlm Mesyuarat Pembangunan Daerah Hulu Perak baru baru ini bahawa mustahaknya kita sama sama melihat isu ini supaya situasi menang menang berlaku, iaitu pembangunan dapat dilakukan dan kawasan hidupan mereka ( gajah ) tidak terganggu kerana jika tidak ditekakan perkara ini ia akhirnya boleh menyebabkan masalah berlaku iaitu pembangunan ( Pembukaan kawasan pertanian misalnya ) akan dimusnahkan oleh gajah dan ia akhirnya menyebabkan kerugian kepada banyak pihak. Kerana itu kita lihat oleh kerana ia tidak ditekakna sejak sekian lama banyak kawasan tanaman komuditi dan kontak yg diusahakan oleh agensi kerajaan atau individu mengalamai kemusnahan yag merugikan banyak pihak.

“ kebimbangan saya kerana gangguan hidupan liar ini boleh menyebabkan kematian atau kecerdaan manusia, kerosakan harta benda atau tanaman dan mendatangkan ketakutan kepada manusia kerana ia juga menganggu ketenteraman. Apatah lagi ada kes kes yang saya difahamkan hidupan ini sudah masuk ke dalam kawasan kediaman manusia seperti berlaku di banyak kawasan penempatan orang asli termasuk mengganggu dan merosakan sekolah atau harta awam yang lain. Ini kesannya yang menyebabkan ia mesti diselesaikan dengan baik .” Saya sedar bukan senang mahu mengawasi kawasan hulu perak yang luas kawasan 656 300 hektar  dengan 432387 hektar (43.17%) adalah kawasan hutan. Sebab itu kerjasama semua pihak perlu digembeling dan kerana itu juga hari ini Jabatan Perhlitan mengadakan majlis ini di Kg Luat bagi meningkatkan kesedaran dikalangan masayarakat sepaya kita besama menyelesai kan isu ini. “ Saya juga amat menyedar bahawa rakyat memerlukan penyelesaikan yang konfrehensif dan konsisiten. Rakyat tentu, tidak lagi tindakan hanya sedar menghalau setiap kali gajah menyerang mereka ia akan berulang kali berlaku. Saya harap fasa pertama pembinaan 34.7 Km pagar elektrik gajah daripada Kg Bt Sapi Ke Kg Batu Ring ini akan mengurangkanmasalah ini. Namun demikan saya berharap supaya kerajaan khsnya Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar akan membina pagar berikutnya di Kg Sumpitan ke Kg Chain ( 40 Km) Kg Tawai-Felda Pepulut dan RPS Banun ( 30KM0 dan dibeberapa kawasan laian dimana dianggarkan lebih RM3.2 Juta diperlukan lagi. Saya amat berharap kerajaan mempertimbangkan perkara ini.

Kita sedar satu daripada kaedah ialah Tangkap dan panda, dan kos nya agak besar sekitar RM45-RM50K untuk perpindahan seekor gajah sebab itu juga saya minta kerajaan mempertimbangkan agar di wujudkan Santuari gajah Liar Perak di Sutan Simpan Belum. Ia penting dan jika diusahakan ia juga boleh menjadi asset pelancongan yanhg baik kepada Negara khususnya di Perak. Saya harap kerajaan negari dan kementerian memberikan perjatian besar dan utama terhadap isu ini walaupun kos nya saya difajamkan menjanglau RM19,5 Juta di perlukan dan saya difahamkan ianya telah dimasukkan dalam RMK10 oleh pihak kementerian berkaitan.

Apa yang penting saya juga cadangkan supaya kerajaan negeri dan pihak kementerian mempertimbangkan supaya Tabung Amanah Gajah Negeri Perak di wujudkan. Ini penting supaya konflik dan isu ini diselesaikan dengan sempurna iaitu disamping pembangunan data diterusnkan daan dlm masa yang sama hidupan ini dapat dipelira dan ganguan keatas kehidupan manusia dapat dielakkan. Dana memeang besar diperlukan untuk mewujukan tabung ini, tetapi kerajaan boleh mendapatkan dana antaranya dengan mensyaratkan supaya pihak pihak yang terlibat membuka hutan mesti juga menyumbang kepada tabung ini, saya rasa jika kerajaan mensyaratkan agar semua syarikat konsesi pembalakan yang mendapat permit pembalakan menyumbang kepada tabung ini dengan kadar tertentu mengikut peratusan hasil ia mampu menambahkan dana tabung ini. Ini kerana antara penyumbang utama konflik ini adalah kerana berpunca daripada pembalakan . “ Saya percaya jika Tabung Pengurusan Gajah Liar Di Negri Perak diwujudkan ia mampu menyediakan dana kepada jabatan atau pihak berlkaitan untuk mengatasi konflik ini atau setidak tidaknya mengurangkan. Tabung ini penting kerana saya difahakam oleh jabatan perhilitan lebih RM23.7 juta dperlukan bagi urusan pemasangan pagar, operasi tangkapan atau panda, santuari gajah, kajian dan penyelidikan termasuk latihan dan meningkatkan kesedaran awam. Saya harap semua pihak bekerjasama mengatasi masalah yang dihadapi rakyat, sebagai wakil rakyat saya mempunyai komitmen dan sentiasa berusaha dengan jabatan dan pihak berkaiatan mengatasi masalah ini kerana ini sebahagian daripada isu utama yang amat saya sedari sebelum menjadi wakil rakyat lagi.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.