Konvoi Motor Menyerikan Lawatan Rasmi Ke Parlimen Lenggong

Konvoi Motor Menyerikan Lawatan Rasmi Ke Parlimen Lenggong

GERIK – Lebih 250 penunggang motosikal dari kalangan belia-belia sekitar lawin yang di susun Kelab Sahabat KEMAS, Belia 4B Lenggong dan GPMS Lenggong berkonvoi didalam hujan lebat menyambut ketibaan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, YB Dato’ Hasan Malek baru-baru ini. Konvoi sejauh 3 kilometer itu diadakan mengiringi beliau ke Majlis Bersama Rakyat serta penyampaian bantuan kepada kampong kampong dalam DUN Kenering, lebih 1500 orang hadir di majlis yang diuruskan oleh KEMAS Lenggong bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lengong di Pekan Lawin.

Melalui jemputan YB Ahli Parlimen Lenggong, bersama ADUN Kota Tampan dan ADUN Kenering ini, YB Dato’ Hasan Malek melakukan lawatan turun padang beliau ke kawasan Lenggong selama 2 hari. Beliau bersama semua wakil rakyat Parlimen Lenggong memulakan lawatan dengan melawat ke RPS Dala bagi melihat sendiri keadaan pembangunan di situ serta mendengar segala masalah yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di situ. Lebih 500 warga asli hadir ke majlis berkenaan.

YB Dato Hasan dalam sidang medianya memuji usaha ahli parlimen Lenggong mengadakan majlis seumpama itu kerana ini dapat menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan erat antara rakyat, pegawai kerajaan dan pemimpin setempat. Menurut beliau lagi hubungan yang erat seperti ini dapat menjamin segala hasrat dan usaha kerajaan membangunkan kawasan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui konsep 1Malayia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan akan dapat direalisasikan. Semua Jabatan di bawah KPLBW sama ada peringkat negeri dan daerah memberikan kerjasama begitu baik dalam lawatan ini, ini di tambah dengan sokongan Pejabat daerah Hulu Perak, Pejabat daerah Lenggong serta pohak polis serta kepimpinan kampong dan politik kawasan ini.

“Saya dapat lihat melalui program ini bagaimana ketiga-tiga pihak ( Rakyat, Pegawai Kerajaan dan Wakil Rakyat ) bersama-sama dalam satu majlis. Ini membuktikan bahawa rakyat menyokong kepimpinan yang ada dan pegawai kerajaan sebagai pelaksana dasar pula sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan wakil rakyat. Usaha seperti ini harus diteruskan, Perdana Menteri amat mengambil berat soal perpaduan rakyat dan hubungan mereka dengan wakil rakyat dan pegawai kerajaan. Ini dapat memastikan bahawa segala kemudahan dan bantuan akan sampai kepada rakyat yang memerlukan. Perdana Menteri melalui konsep 1 Malaysia berharap wakil rakyat sentiasa turun padang dan mendekati rakyat agar masalah mereka dapat diselesaikan. Ini terbukti apabila saya pergi ke RPS Dala, setiap orang asli di situ bebas menyatakan masalah mereka dan saya berjanji akan memberi perhatian sewajarnya kepada masalah mereka”

Bercakap mengenai projek-projek pembangunan di kawasan Lenggong pula, YB Dato’ Hasan melahirkan rasa gembira beliau apabila bangunan Kompleks Komuniti Daerah ( KKD ) KEMAS di Lenggong yang berharga RM 3 juta telah berjaya disiapkan lebih awal dari yang dijangkakan. Bangunan yang  mempunyai pelbagai kemudahan berteknologi tinggi termasuk sebuah dewan yang boleh memuatkan 2 gelangang badminton dan 1 gelanggan futsal . Kompleks tersebut juga dilengkapi dengan kemudahan surau lelaki dan wanita berasingan, bengkel jahitan, pusat computer, pusat sumber dan bilik kawalan audio serta system pembesar suara yang terkini. Kompleks yang mula di bina pada akhir 2009 itu telah disiapkan pada akhir 2010 iaitu 6 bulan lebih awal dari tarikh yang dijangka.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kontraktor yang dilantik bagi menyiapkan projek ini. Ini adalah satu daripada 2 projek rintis di bawah kementerian yang telah berjaya disiapkan, satu projek yang lain ialah di Melaka. Saya berharap masyarakat sekitar dapat memanfaatkan kemudahan di kompleks ini. Kedudukan kompleks ini yang berdekatan dengan 2 buah sekolah menengah dan taman perumahan itu boleh menjadi suatu pusat pembelajaran luar bilik darjah kepada pelajar-pelajar. Pelbagai aktiviti akan dirancang bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat. Lokasi kompleks yang hanya 150 meter dari Rumah Rehat Lenggong juga sesuai bagi sebarang penganjuran kursus dan bengkel yang melibatkan penginapan”

Sementara itu, YB Dato’ Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong pula berkata bahawa beliau amat berpuashati dengan program lawatan turun padang Dato’ Hasan kerana rakyat dapat melihat sendiri bagaimana usaha membawa pemimpin-pemimpin tinggi kerajaan kesini bagi menyelesaikan sebarang masalah rakyat serta perancangan pembangunan beliau sebagai ahli parlimen Lenggong dik kawasan ini dapat dikemukakan secara jelas kepada pemimpin-pemimpin tersebut.

“Saya amat berpuashati dengan lawatan YB Timbalan Menteri ke Lenggong. Melalui lawatan ini membolehkan pelbagai isu yang dihadapi dikalangan rakyat dapat dimaklumkan kepada beliau  supaya dapat diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kementerian. Di samping itu, program bersama rakyat yang dilakukan ini juga dapat digunakan untuk memberi pelbagai penjelasan kepada rakyat terutama dasar dan pendekatan baru Perdana Menteri. Ini juga dapat menjawab pelbagai isu yang dibawa pihak tertentu ketika ini. Justeru itu, ianya membuktikan bahawa usaha membawa pemimpin pusat ke Lenggong berupaya merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin”

Turut hadir di Majlis  Bersama Rakyat Parlimen Lenggong itu ialah YB Dato’ Mohd Saarani Mohamad, EXco Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Kota Tampan, YDH Toh Shahbandar Hulu YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, ADUN Kenering, YDH Toh Sri Bijaya Lt. Kol ( B ) Shaharudin Nazari, Encik Ahmad Kamal Idris Bin Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak, Encik Tahir Osman, Pemangku Pegawai Daerah Hulu Perak serta Ketua-Ketua Jabatan.  Kunjungan rasmi beliau ke Lenggong juga membawa erti besar kerana kakitangan jabatan dan agensi dapat bertemu dan mendengar penjelasan beliau apabila YB Ahli Parlimen Lenggong mengadakan majlis makan malam bersama beliau di Rumah Rehat Lenggong. Majlis yang turut dihadiri pemengku Pegawai Daerah Hulu Perak itu berlangsung dalam suasana mesra sekali. Lawatan ke Kawasan Parlimen Lenggong diakhiri dengan lawatan projek terbesar MARA yang bernilai lebih RM113 Juta iaitu Kolej Pengajian Tinggi MARA di Kg Cherakoh Raban, ia dilihat sebai usahan mempercepatkan pembinaan bangunan tersebut yg lewat jadual pembinaannya.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.