KPI : UMNO Menerajui Perubahan Demi Rakyat

KPI : UMNO Menerajui Perubahan Demi Rakyat

Pelaksanaan KPI Bukti UMNO Sedia Menerajui Perubahan Demi Rakyat

Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR 28 Jan – Pelaksanaan Indeks Petunjuk Pretasi (KPI), oleh UMNO memperlihatkan parti itu merupakan sebuah parti yang sentiasa bersedia dan mendahului perubahan demi kepentingan rakyat serta negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah itu juga membuktikan UMNO sebuah parti yang telus dan bersedia dinilai bukan sahaja oleh ahli parti tetapi juga rakyat selain memperlihatkan keberanian UMNO sebagai sebuah parti yang antara paling lama dapat bertahan bukan sahaja di negara ini malah dunia.

“Saya berkata demikian kerana melalui KPI, ia sebenarnya mendedahkan parti untuk diperhati serta diukur pencapaiannya. Sebagai contoh, antara KPI ialah mesyuarat bahagian sebulan sekali dan d iperingkat cawangan pula dua bulan sekali, namun jika ianya tidak dilaksanakan bermakna KPI itu tidak tercapai dan ia mudah dibuat kesimpulan dan penilaian oleh orang ramai.

“Sebab itu saya katakan bahawa UMNO ini parti yang berani dan bersedia dinilai oleh rakyat. Dan ianya tidak dilakukan oleh parti lain terutama parti pembangkang. Apa yang penting pelaksanaan KPI ini memperlihatkan UMNO melakukan tranformasi dan membuat perubahan seiring dengan perubahan yang dilaksanakan oleh pentadbiran dalam kerajaan.

“Saya berkeyakinan jika perubahan yang dibuat dalam jentera pentadbiran kerajaan diterjemahkan juga dalam pentadbiran parti, ia akan membolehkan apa yang dihasratkan oleh pimpinan kerajaan akan mudah tercapai kerana jentera kerajaan dan parti berjalan seiring bagi menjayakan sesuatu matlamat,” katanya.

Shamsul yang juga Naib Ketua UMNO Lenggong seterusnya menambah KPI yang diperkenalkan itu juga adalah sebahagian daripada usaha untuk memberi wajah baru dalam parti.

“Saya juga lihat bahawa perlaksanaan adalah satu lagi anjakan kearah menjadikan UMNO sebuah parti sentiasa sesuai sepanjang masa. Ini juga sebagai sebahagian lagi usaha pucuk pimpinan dan semestinya disokong oleh semua pemimpin dan ahli dipelbagai peringkat.

“Saya pasti antara perkara utama alam KPI ialah berkaitan dengan isu dan masalah rakyat serta berkaitan daftar pemilih serta keahlian parti. Ini pada saya amat penting untuk diberikan keutamaan.

“Justeru, jika semua kita meletaklan KPI kepada setiap isu dan perkara utama dalam parti saya yakin ia baik kepada parti sekaligus memberikan manfaat kepada rakyat. Melalui KPI ini saya yakin, ianya akan membantu menyelesaikan banyak perkara termasuklah berkaitan daftar pemilih dan keahlian parti.

“Maknanya KPI akan membantu parti dan kerajaan menangani permasalahan rakyat dan isu berkaitan parti secara tersusun dan sistematik. Apa yang penting semua pihak dimana kedudukan sekalipun terutama pimpinan di cawangan dan bahagian mesti memahami matlamat Presiden UMNO memperkenalkan KPI,’ ujar beliau.

Ujar beliau lagi kejayaan KPI ini bergantung sejauh mana ianya difahami dan diterjemahkan melalui tindakan secara bersama.

“Jika pimpinan tidak memahaminya dan lebih daripada itu tidak serius melaksanakannya, ia pasti mengagalkan usaha baik ini. Justeru saya ingin mengajak supaya kita bersama sama menjayakan perkara ini demi kecemerlangan parti,’ katanya. -MediaUMNO

20140128-215018.jpg

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.