Lawatan Kerja Pengerusi Felda Malaysia Ke Lenggong

Lawatan Kerja Pengerusi Felda Malaysia Ke Lenggong

Lawatan kerja Pengerusi Kumpulan Felda ke Kawasan Parlimen Lenggong atas jemputan YB Ahli Parlimen Lenggong telah berjaya memberikan maklumat dan penjelasan kepada masyarakat terutama warga Felda mengenai isu sisu dan maklumat baru menganai Felda. Lawatan sehari di penuhkan dengan pelbagai acara iaitu Perjumpaan tertutup Bersama Warga Felda  Wilayah Trolak  yang diadakan di Rumah Rehat Lenggong, dan bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Lawin Selatan diadakan program Ramah Mesra Serta Penerangan Isu Semasa. Selain daripada itu, program lawatan ke rumah rumah turun diadakan yang diketui sendiri oleh isteri Pengerusi Kumpulan Felda bersam Isteri Ahli Parlimen Lenggong dan Isteri ADUN Kenering.

Banyak perkara yang ingin lakukan di tiga kawasan Felda dalam parlimen Lenggong. YB Ahli Parlimen Lenggong berkata beliau bersama ADUN Kenering dan ADUN Kota Tampan, akan terus memastikan beberapa isu di kawasan felda dilaksanakan dengan baik dan berkesan terutama yang melibatkan generasi kedua,  “ Saya sudah, apa perancangan apa yang akan dilakukan terutama berkaitan kediaman generasi kedua felda. Justeru itu,saya sudah minta pengurusan di tiga buat felda dalam kawasan Parlimen Lenggong untuk menyediakan beberapa maklumat berkaitan untuk membolehkan pihak kita mengemukakan permohonan rasmi kepada pihak kerajaan dan Felda sendiri berkaitan perancangan dan cadangan kita terhadap kepentingan generasi kedua felda “

YB Pengerusi Kumpulan Felda sewaktu berucap kepada lebih 1500 warga felda dan masyarakat dalam kawasan parlimen Lenggong, meminta agar semua pihak menghargai jasa yang telah Felda lakukan bagi membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Menurut beliau dengan pelbagai program yang dilakukan oleh Felda selama ini, taraf hidup rakyat sudah jauh meningkat, dan terdapat dikalangan mereka telah memperolehi pendapat lebih RM13000 sebulan terutama waktu harga komuditi sedang melambung tinggi sekarang. Beliau juga meminta supaya rakyat terutamanya warga Felda tidak terpengaruh dengan dakyat pihak tertentu terutam golongan pembangkang yang hanya ingin merosakkan keharmonian warga felda serta menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan dengan melemparkan pelbagai tuduhan palsu dan tidak munasabah. Majlis Mesra Rakyat turut disertakan dengan ucapan YB Ahli Parlimen Lenggong, ADUN Kenering dan ADUN Kota Tampan. Turut berucap dalam majlis ini ialah wakil peneroka Felda Wilayah Trolak.

Sementara itu, lebih 250 buah motosikal telah mengiringi YB Tan Sri Pengerusi Kumpulan Felda sewaktu beliau bersama wakil wakil rakyat dalam Kawasan Parlimen Lenggong sampai di Felda Lawin Selatan. Konvoi motosikal yang di Ketuai oleh En Ghazali Mohamed, Penyelia Kemas DUN Kenering, En Mohamad Mat Wahab Pengeruisi Belia 4B Kawasan Lenggong dan En Redzuan Amir Hamzah  Pengerusi Majlis Belia Lenggong ini diuruskan bersama Majlis Belia Felda Lawin Selatan , dan Felda Pepulut serta belia Felda Lawin Utara. Sokongan yang ditunjukkan oleh generasi muda Felda yang hadir melebihi 500 orang ini telah menyebabkan Pengerusi Kumpulan Felda meluluskan pembinaan sebuah gelanggang futsall di sini. YB Ahli Parlimen Lenggong ketika ditemui selepas majlis itu, mengucapkan terima kasih atas kejayaan lawatan ini, beliau turut memaklumkan bahawa sebuah Pusat Kegiatan Masyarakat Felda Lawin Selatan 2 turut diluluskan menggunakan peruntukan beliau ( Peruntukan Ahli Parlimen Lenggong ) bernilai RM100,000 . Pembinaan ini adalah bagi kemudahan warga felda disini. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti social mereka.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.