Lenggong Joran & EXPO Perikanan Lenggong

Lenggong Joran & EXPO Perikanan Lenggong

Buat julungkalinya LENGGONG Joran serta EXPO Perikanan Lenggong 2010 diadakan di Tasek Raban Lenggong pada 10 – 12 Disember 2010 ini. Program yang dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dengan sokongan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pelancongan ini serta disokong oleh pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian Industri Asas Tani ini, bermatlamat menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan khususnya aktiviti memancing dan agropelancongan. Program yang turut dijalankan oleh Majlis Daerah Lenggong serta Pejabat ADUN Kota Tampan serta pelbagai Jabatan di daerah ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memajukan kawasan ini dengan aktiviti perlancongan dan pertanian. Lenggong Joran dijangka akan menarik pelbagai lapisan kaki kaki pancing kerana ia diuruskan oleh Persatuan Pemancing Malaysia ( PeMP) sebagai Urusetia Teknikal LENGGONG Joran.

YB Ahli Parlimen Lenggong, yang mencetuskan idea ini berharap orang ramai memberikan sokongan kerana pelbagai acara acara diadakan termasuk sukan air, pertandingan bintang kecil, forum Perdana, Lenggong Trithlon, memasak dan gubahan serta pelbagai acara sukan lain, tetapi yang menarik orang ramai boleh melihat pelbagai pameran daripada agensi kerjaan dan gerai gerai jualan terutama yang melibatkan industry perikanan dimana Jabatan Perikanan Perak dan FAMA Perak serta agensi yg laian menguruskan expo ini.  “ Saya berkeyakinan program ini, mampu melonjakkan nama Tasek raban Lenggong khasnya dan Lenggong dari aspek pelancongan dan agropelancongan. Ini kerana disamping penganjuran acara seperti ini, apa yang lebih penting adalah kawasan ini merupakan kawasan menarik dan kawasan cadangan sebagai Tapak Warisan Dunia dan sedang dalam penilaian UNESCO.” Saya berharap kehadiran pemimpin Negara ke kawasan ini akan membolehkan lagi kemajuan dibawa disini.

Pelbagai hadiah menarik disediakan sempena program ini di mana wang tunai sehingga RM29100 diseduikan untuk kaki kaki pancing . Pengunjung yang dating disini juga berpeluang mendapat cabutan bertuah berupaya motosikal dan juga bot memancing. “ Ini diharap menjadi tarikan kepada kepada orang ramai dating ke program ini. Kita akan pastikan setiap yang hadir mendapat peuang untuk cabutan bertuah ini “ Kata En Redzuan Amir Hamzah selaku Setiausaha Program ini. Acara memancing kategori Tradisional akan diadakan Sabtu ini dan acara memancing lannya pada pagi ahad. Pelancaran akan dilakukan oleh YB Menteria Pertanian Industri Asas Tani pada jam 400ptg Sabtu dan penutup oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia pada Ahad jam 200 petang.

“ Sempena dengan program ini juga kita akan melancarkan laman sesawang Perlancongan Lenggong dan Pusat Informasi Perlancongan Lenggong. Saya berharap projek yang diusahakan oleh Majlis Daerah Lenggong, bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong serta Majls Pembangunan Pertanian Kawasan Lengong dimana Sikll Teckh Sdn. Bhd diberikan tanggungjawab melaksanakan projek ini, mempunyai matmat yang lebih jauh daripada itu. Ini kerana Lenggong mempunyai pelbagai produk agro pelancongan, warisan sejarah, tempat tempat rekrisi serta produk serta makanan yang berpotensi menjadi tarikan utama kawasan ini. “ Selama ini kita sering bercakap mengenai pelancongan di Lenggong dan ingin memajukan kawasan ini. Sebab itu, usaha ini dilakukan dengan harapan sector swasta yang mempunyai keupayaan dapat bersama dengan kerajaan untuk memajukan kawasan ini, saya percaya dengan pelancaran laman sesawang nanti dan pembukaan pusat informasi pelancongan di Lenggong, akan membolehkan usaha yang lebih tersusun dilakukan bagi membawa pelancong dating ke kawasan ini. Saya berkeyakinan kita boleh memajukan produk pelancongan disini dengan adalahnya penglibatan semua pihak. “ selepas ini, bersama majlis Daerah Lenggong , kita akan adan perbincang lebih mendalam di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Lenggong supaya usaha ini yang akan digerakkan oleh Skil Teach Sdn Bhd benar benar akan membangunkan pelancongan di kawasan ini khususnya membawa pelancong ke kawsan ini. Kita harap kementerian Pelancongan akan menyokong usaha kita ini. Pembukaan Pusat Info Pelancongan Lenggong akan membolehkan tempat itu mendaji tumpuan pelancong memilih kawasan atau tempat yang ingin dilawati di Lenggong. Ini adalah sebahagian usaha kita untuk menambahkan pendapatan rakyat di kawsan ini.

Paling utama pihak pengajur mengharapakan program ini menjadi tarikan utama dan identity baru di Lenggong dan Perak khasnya. Dan dengan adanya inisiatif Ahli Parlimen Lenggong bersama pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan serta agensi yang menyokongnya ia akan menjayakan acara ini dan diharap orang ramai akan dating ke kawsan ini.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.