Pakatan Rakyat CERMIN DIRI Dulu ….

Pakatan Rakyat CERMIN DIRI Dulu ….

Cermin Parti Sendiri Sebelum ‘Tumpang Semangkuk’ Komen Pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Pemimpin parti pembangkang dinasihatkan mencermin parti mereka terlebih dahulu sebelum ‘tumpang semangkuk’ untuk berkongsi pandangan mengenai pemilihan UMNO pada tahun ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata mereka tidak sepatutnya menjaga tepi kain orang sebaliknya memberi tumpuan serta perhatian serius terhadap parti mereka sendiri.

“Pembangkang lebih baik cermin diri sendiri daripada mempersoalkan parti orang lain khususnya UMNO. Mereka tidak layak mempersoalkan proses pemilihan UMNO kerana parti mereka sendiri secara tidak telus apalagi tidak mampu menjalankan proses pemilihan dengan sempurna.

“Layakkah mereka berkongsi pandangan parti orang lain sedangkan hampir semua parti mereka bermasalah. Penetapan semula proses pemilihan DAP misalnya adalah satu contoh terdekat.

“PKR pun sama keadaannya. Rakyat persoalkan bagaiman jawatan Ketua Umum PKR, siapa yang lantik? Bukankah kalangan pimpinan mereka sudah ada yang meninggalkan parti dan sebagainya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menegaskan bukankah itu adalah realiti kepada kedudukan serta gambaran di kalangan parti pembangkang itu sendiri.

“Sebab itu mereka sebenarnya tidak layak untuk menjaga tepi kain orang lain kerana kain mereka sendiri koyak rabak hingga menampakan perkara perkara yang tidak sepatutnya mereka tonjolkan.

“Bukanlah kita ini bongkak dan angkuh…tetapi biarlah kena dengan tempatnya. Sebab itu nasihat saya pada parti pembangkang, lihat diri dan uruskan parti mereka terlebih dahulu sebelum ghairah untuk ‘tumpang semangkuk’ memberikan pandangan terhadap parti lain,” ujarnya. -MediaUMNO

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.