Perkampongan Wayarles Di Parlimen Lenggong

Perkampongan Wayarles Di Parlimen Lenggong

Dua buah kampong dalam Parlimen Lenggong bakal di iktiraf sebagai Kampong Wayerles apabila ianya bakal dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia melalui SKMM dalam usaha kerajaan mempertingkatkan kadar pertumbuhan jalur lebar isi rumah. Cadangan telahpun dikemukakan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong kepada pihak kementerian setelah pihak kementerian melalui SKMM memintanya berbuat demikian. YB Ahli Parlimen Lenggong memaklumkan Kampong Lawin dan Kampong Lenggong dipilih kerana ianya memenuhi kreteria yang diminta pihak kementerian . Perkara ini diumumkan Dato’ Shamsul Anuar Nasarah dalam ucapanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kenering disini .

 “ Saya ingin maklumkan bahawa saya telah diminta oleh Menteri Penerangan komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia untuk menentukan dua buah kampong sebagai Kampong Wayarles, sebagai usaha kerajaan meningkatkan program peningkatan jalur lebar terutama isi rumah. Memandangkan kedua dua kampong ini, didiami oleh pelbagai kaum dan sesuai terutama juga terdapat sekolah menengah di kampong ini, maka saya ingin maklumkan bahawa Kampong Lawin dan Kampong Lenggong telah dipilih dan guru guru serta para pelajar sekolah ini diharap akan mendapat nikmat daripada kemudahan ini. Dan kemudahan Ini juga sebenarnya sesuai dengan perancangan kementerian melalui SKMM bagi peluasan liputan jalur lebar dan selular di bawah projek pemberian perkhidmatan sejagat (USP) dan beberapa inisiatis lain SKMM termasuk perlaksanaan Insrfstruktur jalur lebar “.  Dalam ucapan beliau sempena majlis ini juga YB Ahli Parlimen Lenggong, mengumumkan sumbangan sebanyak RM15,000 untuk kegunaan program kecemerlangan sekolah termasuk Program Sekolah Lestari yang akan dilaksanakan bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong serta Jabatan Alam sekitar Perak bagi meningkatkan keceriaan sekolah ini.

 Ibubapadan guru-guru yang ditemui dalam majlis ini, melahirkan rasa gembira kerana semua yang diumumkan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong akan memberikan kebaikan kepada masyarakat terutama pelajar sekitar kawasan ini.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.