Pertandingan Masakan Kuih Tradisi Dan Masakan Pekasam

Pertandingan Masakan Kuih Tradisi Dan Masakan Pekasam

Pertandingan Masakan Kuih Tradisi Dan Masakan Pekasam Penyeri Pesta Makanan Tradisional LENGGONG 2011.

Pesta MAKANAN TRADISIONAL Lenggong 2011 yang dianjuran oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, tidak meninggalkan beberapa pertandingan utama. Justeru itu  Jabatan Perikanan Lenggong memainkan peranan utama dalam Pertandingan Masakan Ikan Pekasam Lenggong. Pelbagai menu masakan dipertandingan dengan melibatkan lebih 15 peserta yang memasak ikan pekasam. Disamping itu lebih 25,000 ketul kuih dihidangkan semasa pesta ini, dimana lebih 67 peserta menyediakan kuih muih pebagai jenis yang menjadi tradisi masyarakat disini.

Pergerakan Puteri UMNO Lenggong yang diamanahkan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong dalam perkara ini telah mengerakkan lebih 67 ahli puteri dan Wanita UMNO Lenggong menyertai pertandingan ini. YABhg Isteri Menteri Besar Perak ternyata teruja apabila menyaksikan pelbagai jenis kuih muih yang disediakan. “ Amat meriah, seronok melihat pelbagai lapisan masyarakat dapat menikmati kuih yang kami sediakan dan ia amat menarik serta pasti mengharapkan agar YB Ahli Parlimen Lenggong mengadakanya lagi pada tahun 2012 “ kata Pn Rosmalawati Ismail Ketua Puteri UMNO Lenggong.

Sementera itu YB Ahli Parlimen Lenggong menyatakan lebih 10 jurugambar ditugaskan untuk merakam serta merekodkan acara ini. Dan kita akan terbitkan tidak lama lagi sebuah buku mengenai kuih muih Tradisisional Lenggong, dan ia akan menjadi rujukan kepada sesiapa juga selepas ini.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.