POLITIK MURAHAN AMANAH – Shamsul Anuar Nasarah

POLITIK MURAHAN AMANAH – Shamsul Anuar Nasarah

Parti Amanah Sekadar Parti Menangguk Di Air Keruh – Shamsul

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah percaya Parti Amanah Negara (PAN) akan terus kekal sebagai parti yang menangguk di air keruh setelah tindak-tanduknya hari ini cuba mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku di dalam negara termasuklah perkembangan di dalam UMNO.

Menurut beliau jelas sekali Amanah yang dianggap parti serpihan Pas bukan sahaja tidak mempunyai asas serta tonik perjuangan yang utuh malah tidak mempunyai kekuatan tersendiri dalam usaha meyakinkan rakyat agar bersama dengan parti mereka.

“Ingatkan mereka cukup kuat setelah terpelanting daripada pemilihan Pas sebelum ini dengan menubuhkan parti baru. Rupa-rupanya sebaliknya yang berlaku dan hanya sekadar parti yang ambil kesempatan dengan apa yang berlaku hari ini.

“Bagi saya itu bukan perkara pelik kerana itulah gaya parti serpihan seumpama itu. Apa lagi yang mereka nak jaja setelah asas sendiri tidak meyakinkan rakyat dan itulah langkah dan strategi terbaik mereka.

“Hari ini lagi tidak pelik bermacam-macam sanjungan dan pelbagai pujian terhadap mereka yang menentang UMNO. Jika dulunya pelbagai tohmahan dilontarkan. Tidak cukup dengan itu batang tubuh pemimpin parti menjadi sasaran mereka,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kata beliau lagi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itulah usaha mereka dan itulah gaya politik mereka yang menunjukkan mereka tidak ada kemampuan untuk pergi lebih jauh dan hanya sekadar parti tunggu dan lihat.

Malah ujar beliau lagi mungkin mereka menggunapakai dan berpegang teguh kepada pepatah untung sabut timbul dan untung batu tenggelam dalam perjalanan dan persaingan politik mereka dalam negara hari ini.

“Timbul sahaja isu merekalah kononnya terkedepan…timbulnya isu merekalah kononnya mahu menjadi juara kepada rakyat…timbulnya isu merekalah kononnya pembela rakyat tetapi sebenarnya nawaitu adalah untuk mencari keuntungan politik.

“Yerlah seperti kata pepatah tadi…mana tahu mungkin untung sabut akan dapat laba politik yang meningkat dan untung batu mungkin akan karam bersama gaya retorik mereka yang tidak ada kesudahan.

“Namun itulah Amanah dan itulah yang akan kita lihat. Percayalah mereka hari ini sedang memerhatikan gerak geri apa yang berlaku di dalam UMNO khususnya dan sedang memasang jerat serta menunggu hasil,” katanya.

Justeru itu, pemimpin dan ahli UMNO mesti berwaspada dan memahami cara Amanah berpolitik agar kita tidak terperangkap dengan pendekatan mereka. Paling penting kita kena lihat jika PAS sendiri telah menolak Amanah, takkanlah UMNO yang lebih berpengalaman daripadanya mahu dipengaruhi okeh mainan politik murahan Amanah – MediaUMNO

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.