Program Bersama MIC Lenggong: Perayaan Depavali

Program Bersama MIC Lenggong: Perayaan Depavali

Kerajaan sesekali tidak akan meminggirkan mana mana kaum dalam negara ini, malah semua kaum termasuk kaum monoriti tetap mendapat pembelaan dan perhatian kerajaan. Di bawah kepimpinan YB Najib Razak, sesuai dengan konsep satu Malaysia maka semua kaum akan sama sama akan merasai nikmat pembangunan yang sedang dijalankan termasuk dalam soal pendidikan, program kemiskinan, kesihatan dan sbagainya sesuai dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan Negara.

Sebab itu walaupun di kawasan Parlimen Lenggong bilangan ahli dan pengundi daripada masyarakat India tidak ramai tetapi sebagai pemimpin saya tetap memberikan keutamaan dan perhatian kepada masyarakat india kerana mereka tetap penting kepada Negara, malah sumbangan kaum india juga penting dan mereka turut mempunyai peranan dalam membangunkan Negara ini. Dan kerana itu juga, bersama dengan semua wakil rakyat di Lenggong saya akan terus memberikan bantuan dan pertolongan atas peranan saya sebagai wakil rakyat terutama meyelesaikan beberapa isu berkaitan masyarakat India terutama menyelesai masalah kemiskinan dan meningkatkan kemudahan pendidikan kepada komuniti India di Kawasan Lenggong.

Justeru itu juga, saya telah berbincang dgn YB Saarani untuk menjadikan kawasan sekitar dewan masyarakat India yang telah siap dibina ini sebagai kawasan dan pusat kegiatan masyarakat India di Lenggong dan mulai tahun hadapan pelbagai lagi kemudahan akan termasuk kemudahan gelanggang permainan bagi masyarakat India disini. Ini kita lakukan setelah saya melihat bahawa sebelum ini tidak ada tempat yang khusus disediakan untuk masyarakat India melakukan aktiviti masyarakat di Lenggong . Oleh sebab itu, bangunan yang diselia di bawah Pejabat daerah Lenggong ini saya harap dimanfaatkan sepenuhnya oleh oleh kepimpinan MIC dan masyarakat India di Lengong dengan melalukan aktiviti berfaedah seperti kegiatan kelas teuisyen atau sukan dan rekriasi disini.

Ini bukti bahawa kerajaan benar benar melaksanakankan apa yang dijanjikan sebelum ini dan saya harap masyarakat India tidak akan mudah dipengaruhi oleh golongan dan pihak pihak tertentu yang sengaja mencari peluang membuurukkan kerajaan terutama melemparkan tomahan bahawa kerajaan BN memnggirkan masyarakat India terutama yang tinggal di Kawasan Luar Bandar. Saya harap masyarakat India terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN kerana banyak lagi akan dilakukan bagi membawa masyarakatb India untuk sama sama Berjaya sebagaimana kaum kaum lain.

 BANJIR

Saya harap masyarakat di Lenggong bersiap sedia menghadapi banjir terutama banjir kilat kerana musim hujan yang  kerap berlaku sekarag ini memungkin keadaan ini berlaku. Sebab itu saya mengambil kesempatan menasihati rakyat supaya mengambil langkah langkah keselamatan terutama memastikan barangan beharga tidak hilang dan msnah apabila banjir tiba tiba berlaku sebagaimana yang berlaku semalam. Dan setelah bencana banjir berlaku sebagaimana di utara semenanjung kita binbang akan berlaku di kawasan ini, justeru itu langkah berjaga jaga mesti dilakukan.

 Saya juga meninjau keadaan banjir di Sumpitan, Kg Banggol Batu, Cahin, K Bannngol Belimbing dan RPA Kota Tampan malam semalam bersama dengan pelbagai jabatan kerajaan termasuk bersama ADUN Kota Tampan, DO Hulu Perak, JPS, Bomba Polis, CADO Lenggong dan beberapa ketua kampong  dan melhat beberapa langkah segera perlu dilakukan dan melakukan pembaikan beberapa kawasan terutama benteng yang dibina sebelum ini dan musnah akibat banit semalam.

Sebab itu, pejabat dearah sebagaimana telah dimaklumkan kepada saya oleh DO akan segera bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga –jaga termasuk mengerakkan JKuasa Bencana Banjir dan melengkapkan pelbagai kemudahan logis tik termasuk kemudahan bot penyelamat dan sebagainya. Saya percaya jabatan berkaitan telah mengambil tindakan sepatutnya termasuk saya harap menyediakan petugas 24 jam jika keadaan banir berlaku sebagaimana sebelumnya, walaupun saya amat berharap supaya keadaan sebagaimana sebelum ini tidak berulang, namun persediaan mesti dilakukan kerana bencana alam seumpama ini akan berlaku diluar kawalan kita yang boleh kita lakukan ialah mengambil beberapa langkah persediaan.

Daripada hasil lawatan saya bersama pelbagai jabatan dan perbincanagndgn DO saya harap peruntukan RM800 ribu bagi mendalamkan kawasan takungan air berhampiran jabatan barley yg telah dilukuskan oleh kerajaan negeri mesti segera dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kerana apabila aliran air sungai telah dibersikan oleh JPS yang keseluruhannya saya difahamkan melibatkan perbelanjaan lebih RM2juta dilakukan telah menyebabkan air mengalir tanpa sekatan Cuma jika kawasan takungan air berhampiran sg perak di kota tampan air lambat dilakukan ia akan menyebabkan sekatan air berlaku disitu dan menyebabkan kawasan atas akan terpaksa menampung air berkenaan dan ini mengundang kepada banjir kerana jumlah air yang besar ditakung dikawasan yang bukan kawasan takungan iar. Saya harap ia segera diambil tindakan  oleh MDaerah Lenggong iaitu agensi yang diberikan amanah melaksanakannya, dan saya tahu ada beerapa masalah teknikal yang menyebabkan projek ini belum boleh dilaksanakan. Saya tahu bahawa walaupunprojek ini tidak akan menyelesaikan masalah banjir di Lenggong naqmun saya harap ianya dapat mengurangkan masalah yang berlaku.  Dalam pada itu, saya berharap laporan segera disampaikan kepada pejabat daerah untuk kejadian banjir dan saya juga mohon kerjasam sama semua jabatan yang berkaitan untuk bersedia menghadapi keadaan ini, walaupun kita amat berharap banker tidak berlaku sebagaimana sebelum ini.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.