Program MyHOME baik untuk rakyat – Ahli Parlimen Lenggong

Program MyHOME baik untuk rakyat – Ahli Parlimen Lenggong

Program MyHome Buat Pembangkang Terus Jadi Malu Alah

Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR 18 Feb – Program MyHome dilihat bukan sahaja bakal membantu rakyat untuk memiliki rumah malah kesannya membuatkan pembangkang terus jadi malu alah kerana mereka selama ini mendakwa kononnya parti yang mementingkan kebajikan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata skim berkenaan bukanlah janji kosong kerana berdasarkan rekod laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu

“Program ini baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Paling istimewa ialah apabila skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pembeli.

“Ini bermakna mereka yang layak akan mendapat harga murah daripada harga asalnya dan kerajaan akan membayar sebanyak RM30 ribu bagi pihak pembeli, ini sesuatu yang amat baik dilakukan pleh kerajaan BN.

“Justeru dalam soal menjaga kepentingan rumah kepada rakyat saya berani katakan bahawa tiada pihak lain mampu melakukannya apatah lagi pembangkang melalui kerajaan negeri yang mereka tadbir. Mereka (pembangkang) hanya tumpang semangkuk ..,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya menambah perancangan serta pelaksanaan oleh kerajaan BN sentiasa memenuhi keperluan pelbagai peringkat.

“Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan nilai harga dan penyediaan rumah dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat. Kerajaan melalui majlis ini juga bertanggungjawab memantau pasaran hartanah.Manakala keanggotaannya membabitkan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA serta Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Sebab itu kesungguhan kerajaan dalam menyediakan rumah untuk rakyat yang disediakan sendiri oleh kerajaan atau swasta ini cukup banyak dan laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu, termasuk rumah teres, teres dua tingkat, rumah berkembar, kondominium, kos rendah dan sederhana. Ini sesuatu yang memalukan pembangkan,” katanya.

Kata beliau lagi pembangkang sebenarnya malu alah dengan pelbagai usaha serta perancangan dan apa yang dibuat oleh kerajaan hari ini.

“Secara perbandingan kita dapat lihat bahawa negeri yang dipimpin mereka tidak serius membantu golongan bawahan dalam isu perumahan. Di Pulau Pinang contohnya masih lagi dihimpit dengan isu rumah mampu milik.

“Rakyat semestinya bersyukur bahawa dalam soal menyediakan perumahan kepada rakyat, peranan kerajaan pimpinan BN tidak dapat dinafikan. Saya bagi contoh kerajaan melaksanakan projek rumah PPRT yang mana ia mensasarkan kepada golongan miskin. PRIMA, SPNB dan macam-macam lagi yang menyerlahkan usaha berterusan kerajaan manakala pembangkang pula terus dibuai laungan retorik berpanjangan,” ujarnya. -MediaUMNO

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.