Projek Nangka Madu Melalui Konsep Hectare Equivalent

Projek Nangka Madu Melalui Konsep Hectare Equivalent

Melalui Projek Lenggong AGROVelly , Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Lenggong akan melancarkan Projek Nangka Madu mengikut Konsep Hectare Equivalent. Pemilihan buah-buah tropika seperti nagka (actocarpus heterophyllus) ini memandangkan ua merupakan suatu tanaman yang amat berpotensi diusahakan. Pendekatan Hectare Equivalent bermaksud tanaman ini diusahakan oleh peladang-peladang individu berasaskan kemampuan dan keluasan tanah mereka. Maknanya melalui kaedah ini peladang mengusaha atau menjaga saiz masing masing dan tuntunya ia tidak melibatkan guna tenaga buruh yang ramai malah melalui kedah ini lebih ramai peladang akan melibatkan diri.

Dan sejumlah 1100 induvidu akan terlibat dalam program ini yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan buat permulaan kita akan menanam lebih 5500 pokok nangka madu. “ sebenarnya jumlah ini kalau kita menanamnya secara kelompoh atau dalam satu tempat ia melibatkan jumlah keluasan tanah lebih 40 ekar. Namun melalui konsep ini ia tidak melibatkan jumlah kawsan yang luas, malah boleh melibatkan jumlah peladang yang ramai. Dan saya rasa jika ianya Berjaya ia boleh memberikan pendapatan sampingan kepada para peladang dan kita sebenarnya mengharapkan agar program ini dapat menambahkan pendapatan sampingan kepada para petani.

Projek ini akan melibatkan 1100 individu seluruh kawasan Parlimen Lenggong dan mesyuarat telahpun diadakan dan jika perancangannya lancer kita akan lancarkan tidak lama lagi. PPK Lenggong menjadi agensi yang bertangungjawab melaksanakan program ini dan ia dibantu oleh agensi lain sepertti Jabatan Pertanian dan FAMA akan terlibat dalam program ini. Saya percaya PPK Lengong boleh memainkan peranan utama sebagai pihak yang akan menyediakan input, khidmat nasihat, kursus dan pengumpulan serta jualan dan pemasaran hasil buah itu nanti.

Ini sebenarnya adalah sebahagian daripada beberapa program Lenggong AGROvelly yang dijalankan oleh MPPK Lenggong dan tumpuan tama program ini ialah bagi menambahkan pendapatan sampingan kepada golongan peladang dalam Kawasan Perlimen Lengong.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.