Pusat Kesihatan Dan Wad Bersalin Lenggong

Pusat Kesihatan Dan Wad Bersalin Lenggong

Janji kerajaan Brisan Nasional untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk Lenggong akan terlaksana apabila Projek Pembinaan Pusat Kesihatan Dan Wad Bersalin Lenggong yang bernilai RM28 Juta, mula dibina pada di kawasan seluas lebih kurang 9 ekar di Kg Chain Lenngong. Projek yang selalu diwawarkan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong ini, menjadi kenyataan dan tentu ianya meningkatkan lagi kemudahan kesihatan penduduk di sekitar Lenggong. Rata rata penduduk kawasan ini melahirkan rasa lega apabila projek yang telah sekian lama dinantikan ini menjadi kenyataan sekarang. Sdr Mohd Jamil Zaidi, seorang pegawai di Pejabat KEMAS Lenggong menyatakan pembinaan ini akan menjadi suatu lagi mercu tanda di Lenggong “ Saya merasakan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan YB Ahli Parlimen Lenggong bersama wakil wakil rakyat yang lain telah menepati janji mereka untuk merealisasikan pembinaan kemudahan kesihatan yang amat penting bagi penduduk di Lenggong. Saya mengucapkan terima kasih atas kegigihan Ahli Parlimen Lenggong  kerana dalam tempoh dua tahun selepas pilihanraya projek ini Berjaya dilaksanakan. Ini sama sekali menolak telahan sesetengah pihak kononnya janji ini tidak akan ditunaikan tetapi apabila saya melihat projek ini telah mula dibina, ia membuktikan apa yang dijanjikan oleh pemimpin kita benar benar betul “

“ saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, khususnya pemimpin kita atas kerja kuat menjayakan projek ini. Dan tentu tidak kita lupa, bahawa pegawai pegawai kita di Kementerian dan Jabatan Kesihatan juga memainkan peranan penting menjayakan projrk ini. Apa yang penting saya harap rakyat di Lenggong akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan dan saya yakin apabila kita bersatu bersama kerajaan yang ada banyak lagi projek pembangunan di Lenggong akan dilaksanakan oleh pemimpin kita “ Pn Nor Akmar Nordin berkata demikian apabila dihubungi oleh Sinar Harian untuk mendapatkan pandangan beliau.

Daripada kajian rambang yang dilakukan oleh Sinar Harian sebelum ini, sememangnya masalah kurangnya kemudahan kesihatan menjadi isu utama di Lenggong. Ramai rakyat di Kawasan Parlimen Lenggong meminta ditingkatkan kemudahan kesihatan di kawasan Lenggong, malah kemudahan atau hospital yang terdekat terletak lebih 50 km daripada Lenggong iaitu di Grik malah ada kes kes tertentu terpaksa di rujuk di Kuala Kangsar atau Taiping jika ianya tidak dapat diselesaikan di Grik. Ini merupakan masalah penduduk di sini.

YB Ahli Parlimen Lenggong ketika dihubungi memaklumkan bahawa satu majlis Pecah Tanah Dan Mesra Rakyat akan dilakukan sempena lawatan rasmi YB Menteri Kesihatan di Lenggong pada 22 Januari 2011 ini “ Saya ingin maklumkan bahawa suatu Majlis Mesra Rakyat dan Pecah tanah Pusat Kesihatan Dan Wad Bersalin Lenggong akan diadakan pada 22 Januari akan datang. Saya harap orang ramai akan bersama sama dating ke majlis ini kerana ianya akan dilakukan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia. Disamping itu beberapa acara lain juga  akan diadakan termasuk Program TURUN PADANG di sekitar Pekan Lenggong yang akan membolehkan kita membawa YB menteri Kesihatan Turun Padang bagi melihat sendiri masyarakat yang memerlukan bantuan di sekitar Lenggong “ Mengulas lanjut mengenai projek ini, YB Ahli Parlimen Lenggong menyatakan bahawa projek ini dijangka siap sebelum 2012, justeru itu saya harap kontraktor yang diberikan tanggungjawab akan melaksanakan projek penting ini dengan mengikut jadual kerana ia amat penting bagi penduduk di Lenggong. Beliau juga berkata , dengan bermulanya pembinaan projek ini, ia dengan sendirinya membuktikan apa yang dinyatakan sebelum ini adalah benar dan tidak merupakan suatu janji kosong. “ Ini merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, segala masalah dan janjinya pada rakyat akan ditunaikan. Dan inilah juga cara pentadbiran kerajaan kita hari ini apabila merialisasikan slogan Rakyat Di Dahulukan . Walaupun begitu saya harap pada masa akan dating kita akan berusaha supaya kemudahan dan perkhidmatan di sini akan ditingkatkan termasuklah menyediakan wab untuk pesakit sebagaimana hospital hospital yang lain. Saya menyatakan bahawa perancangan perlu dilakukan kerana iannya sesuai dengan perkembangan yang akan berlaku di Lenggong termasuklah apabila Lenggong di istihar Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO tidak lama lagi, disamping persediaan perlu dibuat apabila Kolej Pengajian Tinggi MARA di Tasek Raban akan mula beroperasi tidak lama lagi.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.