RM5 BILION PTPTN MELEGAKAN PELAJAR – Pengerusi PTPTN

RM5 BILION PTPTN MELEGAKAN PELAJAR – Pengerusi PTPTN

KENYATAAN MEDIA PTPTN

PTPTN mengucapkan terima kasih dan menyambut baik pengumuman dalam Pengubahsuaian Baget 2016 oleh YAB Perdana Menteri dimana pembiayaan RM5 Bilion PTPTN terus kekal dan tidak dikurangkan. Pengumuman ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan rakyat terus berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Maknanya walaupun ketika cabaran besar sedang dihadapi oleh kerajaan diwaktu iklim ekonomi global sebegini kerajaan tetap terus memastikan ekonomi negara terus mampan dan pembelaan kepada rakyat tetap diutamakan.

Saya tidak boleh bayangkan keadaannya jika PTPTN tidak lagi mampu menyediakan dana pinjaman secukupnya kepada pelajar di negara ini. Ini kerana dalam setahun, PTPTN perlu menyediakan dana pembiayaan sekurang kurangnya RM5 Bilion untuk 200 ribu pelajar baru dan menyediakan pembiayaan kepada tidak kurang kepada 400 ribu pelajar yang sedang belajar di pelbagai Institusi Pengajjan Tinggi Awam atau swasta dalam negara ini. Ini menunjukan kesan besar akan berlaku kepada generasi muda dalam negara ini jika berlaku kekurangan dana PTPTN. Justeru itu saya amat menyambut baik pengumuman Perdana Menteri pada hari ini, dan pastinya ia melegakan banyak pihak terutama ibubapa yang anak anaknya akan dan sedang belajar di institusi pendidikan dalam negara ini.

Dalam pada itu, PTPTN akan terus memainkan peranan utama dalam pendemokrasian pendidikan di negara ini. Perkhidmatan dan kecekapan PTPTN melaksanakan fungsinya akan diterus ditingkat serta ditambah nilai. Selaku Pengerusi PTPTN, iltizam saya tentulah mahu memastikan PTPTN terus dilihat dan dirasai kehadirannya serta terus penting kepada rakyat terutama pelajar di negara ini. PTPTN pasti mahu terus memastikan PTPTN menjadi Pembiaya Utama Pendidikan di negara ini serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Namun begitu saya juga mengharapkan rakyat menyokong segala usaha yang PTPTN hendak lakukan termasuk langkah langkah penguatkuasaan, ini penting demi kelastarian dan kelangsungan PTPTN.

Dalam pada itu, saya juga menyeru supaya para pelajar kita di universiti atau mana mana institusi pendidikan tinggi lain agak merancang perbelanjaan mereka ketika cabaran ekonomi sebegini. Ini penting kerana ketidakcekapan kita menguruskan perbelanjaan akan menyukarkan kehidupan kita, dan saya yakin pelajar kita mampu membuat perancangan yang baik disituasi begini. PTPTN juga menyeru, agar rakyat Malaysia terutama keluarga yang mempunyai anak anak agar merancang untuk masa depan pendidikan anak dimasa hadapan. PTPTN menyediakan prasarana untuk menabung bagi masa depan pendidikan kerana PTPTN juga berharap dapat mengurangkan kebergantungan rakyat kepada pinjaman pendidikan sebaliknya banyak menggunakan wang yang disimpan untuk pendidikaj anak anak. Malah kita yakin keperluan untuk perbelanjaan pendidikan akan bertambah pada masa hadapan. Oleh itu saya ingin galakan kita menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN. Ini penting kerana jika situasi sebegini kita hadapi lagi, ibubapa tidak akan bimbang kerana mereka ada wang dalam skim simpanan yang boleh digunakan oleh anak anak di universiti.

Saya berharap dengan pengumuman Perdana Menteri tadi ia akan melegakan pelbagai pihak terutama ibubapa dan pelajar . PTPTN akan berusaha memastikan komitmen kerajaan ini akan diurus serta disempurnakan dengan baik oleh PTPTN. Namun yang juga penting saya amat berharap rakyat menyokong segala langkah yang dibuat oleh PTPTN kerana yang dilakukan tiada lain niatnya melainkan mahu memastikan para pelajar terus mampu melanjutkan pelajaran setinggi mana yang mereka mahu.

YB DATO’ SHAMSUL ANUAR BIN HJ NASARAH
Pengerusi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
28 JANUARI 2016

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.