SERANGAN KEPADA AGENSI KERAJAAN HANYA BERTUJUAN BANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT

SERANGAN KEPADA AGENSI KERAJAAN HANYA BERTUJUAN BANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT

image

Serang Fitnah Agensi Kerajaan, Tabung Haji Hanya Untuk Buat Rakyat Marah Kerajaan BN

Oleh : Azman Abas

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Rakyat khususnya umat Islam diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan gaya licik dan permainan pihak-pihak tertentu yang akan terus berusaha untuk memburukkan kerajaan menerusi pelbagai strategi termasuk menimbulkan kesangsian terhadap agensi kerajaan khususnya Tabung Haji serta pelbagai institusi berkaitan Islam, Melayu atau Bumiputra.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata tindakan tersebut hanyalah bertujuan menimbulkan kesangsian serta kemarahan di kalangan umat Islam terhadap urus tadbir Tabung Haji yang merupakan institusi kewangan umat Islam terbesar di negara ini.

Menurut beliau fitnah-fitnah sebelum ini yang menjadi viral di laman-laman sosial sehingga menimbulkan suasana yang tidak menentu di kalangan rakyat seperti penghapusan penerima biasiswa JPA, kakitangan awam yang berstatus kontrak akan ditamatkan dan pelbagai lagi adalah deretan berita palsu yang pada akhirnya ternyata langsung tidak benar.

Beliau seterusnya percaya tujuan sebenar ialah bagi menimbulkan kemarahan kepada Kerajaan BN yang memerintah pada hari ini.

“Justeru tidak pelik dengan apa yang menimpa Tabung Haji kali ini. Malah ini kali kedua Tabung Haji diserang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sedangkan maklumat yang disebarkan mengenai institusi tersebut bukan sahaja tidak tepat malah jauh terpesong.

“Rasanya kalau bercakap soal dividen tidak pernah berlaku Tabung Haji tidak mampu untuk memberikan dividen kepada pendepositnya. Apatah lagi jika bercakap soal subsidi yang diberikan kepada jemaah haji yang pertama kali menunaikan haji saban tahun. Malah mengikut rekod Tabung Haji punyai keupayaan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana diamanahkan.

“Sepatutnya apa jua info atau berita yang disebarkan perlulah diteliti kesahihannya dan bukannya terus melatah,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tabung Haji menjadi sasaran pelbagai spekulasi dalam laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM).

Namun Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilapor berkata serangan yang dibuat terhadap Tabung Haji adalah disebabkan pemimpin pembangkang tidak berkeupayaan untuk menyerang dirinya secara individu.

Serentak itu, beliau juga memberi jaminan akan memberikan dividen kepada semua pendepositnya mereka sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada awal Februari depan.

Shamsul yang juga Ahli MT UMNO dann Ahli Parlimen Lenggong seterusnya mengingatkan bahawa pihak tertentu termasuk pembangkang tidak akan berputus asa untuk terus melakukan gerak kerja sedemikian rupa dalam usaha mendapat keuntungan politik.

Semua ini tegas beliau dilakukan dengan tujuan menimbulkan kemarahan rakyat pada kerajaan BN.

“Tidak terkecuali PTPTN sendiri turut menjadi mangsa keadaan sedangkan kita berusaha sebaik mungkin dalam membantu menyediakan pinjaman kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian.

“Macam-macam ditohmah kepada kita…namun berkat kesabaran dan berkat usaha yang bersungguh-sungguh dalam membantu pelajar kita ketepikan segala tohmahan yang dilemparkan. Cumanya seperti yang dikatakan tadi tapislah segala maklumat yang timbul agar ianya tidak menyulitkan lagi keadaan. Dan paling penting rujuk dan dapatlah berita dari sumber yang sahih dan benar,“ katanya.-MediaUMNO

Berita Popular
Apa Reaksi Keluarga Di Raja Arab Saudi Mengenai Dana Politik RM 2.6 Bilion?Tiada Keperluan Ambil Tindakan Terhadap 14 Ketua Bahagian Di Kedah – Tengku AdnanKenyataan Media Tabung Haji Mengenai Pembayaran Bonus

Sebelumnya >

Berita Bertarikh 28 January 2016 7:17 pm

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.