TANGGUH PEMILIHAN

TANGGUH PEMILIHAN

TANGGUH PEMILIHAN

Bukan suatu yang luarbiasa malah ia memang menjadi amalan UMNO sejak zaman Tun Mahathir menjadi Presiden UMNO lagi penangguhan pemilihan parti dilakukan terutama menjelang pilihanraya umum akan datang. Justeru itu tidak timbul soal UMNO menyekat atau tidak menyuburkan amalan demokrasi dalam parti kerana tidak ada makna bagi UMNO kalau kalah dalam pilihanraya ke 14 akan datang. Malah keputusan penangguhan ini dibenar oleh perlembagaan UMNO sendiri.

Saya menyokong apa yang disebut oleh YAB Presiden UMNO, tumpuan perlu dibuat oleh semua peringkat pimpinan kepada usaha usaha mengukuhkan perpaduan dikalangan ahli dan pimpinan parti disemua peringkat. Saya yakin ini faktor utama kepada kekuatan UMNO. Jika berlaku pemilihan dalam parti ketika ini, kita tidak dapat mengelak akan berlakukan perselisihan faham sesama kita ia dengan sendirinya merugikan UMNO dan Barisan Nasional.

Kita kena sedar selain dari ahli UMNO yang layak mengundi, sokongan rakyat keseluruhnnya penting bagi menentukan kuasa UMNO dan Barisan Nasional. Sikap dan sokongan mereka pada BN bergantung kepada sejauh mana kita boleh membela nasib mereka. Kerana itu kita kena selesaikan semua janji BN dalam Manifesto Pilihanraya Ke 13, disamping pelbagai isu yang melingkari rakyat sekarang termasuk tekanan berikutan kenaikan kos sarahidup, soal perumahan, peluang pekerjaan, terutama isu isu yang dibincangkan oleh rakyat sekarang ini termasuk penutunan nilai ringkat dan kemerosotan harga komiditi negara. Semua ini menjadi faktor sokongan kepada BN. Malah RMK Ke 11 baru saja dibentangkan di Parlimen sudah tentu rakyat mahu melihat hasilnya. Semua ini memerlukan tumpuan dilakukan oleh semua pihak terutama pimpinan parti. Oleh itu dengan masa yang sudah semakin singkat focus perlu diberikan oleh pimpinan parti.

Saya harap kita memberikan dokongan kepada keputusan ini , malah keputusan penangguhan ini juga mesti dilihat sebagai signal untuk kita mempersiapkan jentera parti disemua peringkat bag menghadapi PRU14. Dan dalam pada itu saya juga menyokong usaha dilakukan bagi penambahbaikan sistem pemilihan parti pada masa akan datang. Ini penting agar UMNO terus menjadi parti yang sentiasa segar dan sesuai sepanjang zaman. Saya rasa rakyat akan yakin dengan UMNO jika kita mampu memperlihatkan kematangan kita, memperkukuhkan perpaduan serta memperlihatkan keupayaan kita membantu rakyat, menyelesakan masalah mereka dan menunjukan kematangan UMNO dan BN ketika parti partimpembangkang sedang dirundung masalah sekarang ini kerana tidak ada maknanya BN kalah dalam pilihanraya.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.