UMNO Tidak terpengaruh dengan saranan Mahfus Omar – YB Dato’ Shamsul Anuar Nasarah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

UMNO Tidak terpengaruh dengan saranan Mahfus Omar – YB Dato’ Shamsul Anuar Nasarah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

PRK KAJANG

Barisan Nasional adalah parti yang mempunyai prinsip dan sentiasa membuat keputusan secara bersama dan tidak akan mudah terpengaruh dengan mainan pihak lawan apatah lagi kalau bertujuan memecahbelah persefahaman antara parti komponen Barisan Nasional. Dan tentunya UMNO sebagai parti utama dalam BN sudah pasti tidak akan me,buat keputusan yang boleh merosakan hubungan antara satu sama lain.

Saya yakin saranan Mahfus Omar tiada tujuan lain selain daripada usaha merosakkan hubungan UMNO dan MCA terutamanya kerana DUN Kajang adalah kawasan MCA. Sebab itu saya yakin UMNO tidak terpengaruh dengannya, dan akan membuat keputusan berasaskan maufakat dan sesekali tidak mengikut rentak pembangkang apatah lagi PAS. Bagi saya adalah lebih baik PAS menjaga partinya sendiri kerana PAS sebenarnya parti yang sentiasa dipermainkan oleh PKR dan DAP termasuklah peranan dan pandangan PAS langsung tidak diambil bilamana keputusan Anwar Ibrahim bertanding langsung tidak dirundingkan dengan PAS. Justeru itu nasihat saya lebih baik PAS jaga parti sendiri kerana kegagalan pimpinan PAS menjaga partinya menyebabkan mereka sering diperkudkan oleh Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu juga saya lihat saranan Mahfus juga bertujuan untuk memecahkan undi BN di PRK Kajang nanti. Mereka terpaksa juga berusaha memecahkan undi BN kerana saya percaya pengumuman yang dibuat oleh Zaid Ibrahim yang ingin menawardiri bertanding juga sebenarnya memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat kerana secara tidak langsung langkah beliau memecahbelahkan undi Pakatan Rakyat dan memberikan tekanan kepada Anwar Ibrahim. Justeru itu saya yakin apa yang disarankan oleh Mahfus Omar mempunyai niat tersendiri, namun sebagai parti berpengalaman UMNO tidak akan terpengaruh dengannya.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.