YAB PM Luluskan RM6.2 Juta Bagi Projek Bekalan Air Bersih

YAB PM Luluskan RM6.2 Juta Bagi Projek Bekalan Air Bersih

YAB PM Luluskan RM6.2 Juta Bagi PROJEK BEKALAN AIR BERSIH DI PARLIMEN LENGGONG ( Kampong-Kampong Seberang Sungai Perak )

Masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh lebih 2500 pengundi yang melibatkan lebih 5000 penduduk di 5 buah kampong di seberang sungai perak sejak berpuluh tahun selesai apabila YAB Perdana Menteri Malaysia meluluskan RM6.2 Juta bagi melaksanakan projek bekalan air bersih di kawasan berkenaan. Projek yang diluluskan oleh PM ini adalah hasil perjungan Ahli Parlimen Lenggong bersama wakil wakil rakyat di kawasan ini. Melalui projek ini yang terlibat ialah kampong-kampong Seberang Sungai Perak (Kg Batu Reng, Kg Beng, Kg Luat, Kg Paya Pulau Chery, Kg Chepor dan Kg Bukit Sapi ).

Pengumuman ini dibuat oleh YB Ahli Parlimen Lenggong, semasa merasmikan Persidangan UMNO Cawangan Kampong Chepor, Lenggong baru baru ini, dan ianya disambut dengan tepukan gemuruh penduduk kampong berkenaan yang sememangnya sejak sekian lama menanti projek berkenaan. “ YAB Perdana Menteri telah maklumkan bahawa beliau luluskan sebanyak RM6,200,000.00 (Ringgit: Enam Juta Dua Ratus Ribu) untuk Projek Bekalan Air Bersih di Parlimen Lenggong yang akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri semasa Majlis PreCounsil Bersama Ahli Parlimen Malaysia dalam perjumpaan tertutup sebelum sidang dewan Rakyat sessi ini berlangsung 7hb Mac lalu. Saya ingin maklumkan dalam majlis berkenaan YAB Perdana Menteri menyampaikan surat surat kelulusan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional sebagai menunaikan janji beliau untuk meluluskan projek yang melibatkan kepentingan rakyat bagi kawasan parlimen seluruh negara, dan syukur Lenggong mendapat RM6.2 Juta untuk Projek Bekalan Air Kg Seberang Sungai Perak di Parlimen Lenggong

.”  Saya harap projek yang telah begitu lama dinanti oleh rakyat di kampong-kampong ini akan memgembirakan rakyat dan menyelesaikan masalah air yang telah bertahun tahun tidak diselesaikan. Inilah bukti keprihatinan PM dan Kerajaan Barisan Nasional. Harapan saya rakyat akan bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada PM dan wakil wakil rakyat BN yang telah berusaha merealisasikan projek ini “ Shamsul juga memaklumkan bahawa permohonan sebanyak sebanyak RM31 Juta juga dipohon kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Lenggong dan ianya diperingkat penelitian kerajaan

Ketua Kampung Chepor , Nasarudin Ahmad  ,61 tahun  berkata “ Saya berasa amat bersyukur kehadrat  ilahi kerana sekian lama kami menantikan untuk mendapakan bekalan air bersih, baru kini tercapai. Ini merupakan satu nikmat yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penduduk kampung , kerana bekalan air yang diperoleh sebelum ini datang dari sumber yang tidak bersih dan sering dicemari apabila berlaku pembalakan“

Menurutnya lagi, pihaknya amat berterima kasih kepada YAB PM kerana telah meluluskan projek ini dan dan Ahli Parlimen Lenggong bersama ADUN Kota Tampan yang telah banyak berusaha dan berjuang serta mendengar rintihan kami diperingkat bawahan ini. Projek ini juga akan memberi nikmat kepada lebih kurang 700 orang penduduk di kampung ini.

Ketua Kampung Luat , Ahmad Bakri Ariffin, 49 tahun berkata , pihaknya amat berterima kasih kepada YAB PM kerana telah meluluskan projek ini dan pastinya ia memberi nikmat kepada penduduk di kampung Luat khasnya bagi memperoleh sumber air bersih dan . Ini menepati dengan slogan yang sering dilaungkan oleh YAB PM dimana “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Saya turut berterima kasih kepada Ahli Parlimen Lenggong bersama ADUN Kota Tampan wakil-wakil rakyat dikawasan ini yang begitu mengambil berat dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat dan bekerja keras bagi mengatasi masalah tersebut.  Saya tahu usaha mereka menyebabkan projek ini dapat diluluskan, dan setiap kali perjumpaan saya mesti meminta agar YB Ahli Parlimen Lenggong agar menyelesaikan isu ini dan sekarang ianya Berjaya diselesaikan.

Ketua Kampung Beng , Mohammad Alias Mat Arshad,58 tahun berkata , berita ini disambut baik dan pastinya ia juga akan menjadi berita gembira kepada penduduk dikampung saya kerana selama ini ia menjadi masalah utama masyarakat di kampung Beng. Semestinya ucapan terima kasih ditujukan kepada YAB PM kerana telah meluluskan projek ini dan juga kepada wakil-wakil rakyat yang telah berjuang bagi memastikan rakyat dikawasan luar bandar seperti kami ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Dengan kelulusan projek ini juga menggambarkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang amat dekat dengan rakyat dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat khasnya diperingkat luar Bandar seperti ini.

Ketua Kampung Bukit Sapi , Hj Zakaria Musa, 51 tahun berkata , beliau melahirkan rasa amat gembira dengan berita ini dan semestinya penduduk dikampung ini turut merasakan perkara yang sama. Kebelakangan ini juga, masalah bekalan air turut menjadi bebanan kepada penduduk di kampung ini kerana sering dicemari dan terputus bekalan.

Dikesempatan ini saya bagi pihak penduduk kampung ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB PM kerana telah meluluskan peruntukan tersebut dan juga kepada wakil-wakil rakyat yang telah banyak berjuang bagi memastikan keperluan dan masalah masyarakat setempat diselesaikan dengan segera. Dengan khabar gembira ini juga saya yakin keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional akan terus bertambah.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.